awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rasuah perolehan projek tentera: SPRM sita wang tunai, emas RM6.9 juta
AKPS KLIA rampas ubat-ubatan tidak berdaftar bernilai RM10,000
AKPS rampas benih tembikai bernilai lebih RM140,000 di Kargo KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Hubungi PKOB daerah, negeri sebelum atur bantuan kepada mangsa

Bernama
Bernama
25/11/2025
07:00 MYT
Banjir: Hubungi PKOB daerah, negeri sebelum atur bantuan kepada mangsa
Setakat pagi Selasa, seramai 20,146 mangsa banjir ditempatkan di 119 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan negeri, dengan Pahang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Pihak yang ingin memberikan sumbangan dan bantuan sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 perlu berhubung dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) negeri atau daerah yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat keperluan mangsa bencana dan lokasi sebenar sebelum mengatur pergerakan penyampaian sumbangan.
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Meor Ismail Meor Akim berkata tindakan sedemikian amat penting kepada PKOB bagi merekod jenis barangan dan jumlah bantuan yang diterima daripada penyumbang luar supaya memudahkan koordinasi penyaluran bantuan dari satu saluran.
"Ini bagi mengelakkan berlaku lambakan serta pembaziran sumber yang akhirnya akan merugikan tenaga kerja serta berlaku kerosakan atau pertindihan barang bantuan.
"NADMA dan seluruh jentera kerajaan amat berterima kasih dan menghargai keperihatinan semua pihak dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana. Bagaimanapun, semua bentuk sumbangan yang diterima perlu diselaraskan terlebih dahulu di peringkat sekretariat sebelum diedarkan ke kawasan terjejas banjir," katanya dalam kenyataan hari ini.
DAPATKAN INFO TERKINI CUACA DAN BANJIR DI MALAYSIA DI SINI
Dilaporkan setakat pagi Selasa, seramai 20,146 mangsa banjir ditempatkan di 119 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan negeri, dengan Pahang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir.
Musim MTL bermula pada 13 Nov lepas dan dijangka berterusan hingga Mac 2026.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir 2025
#prosedur hantar bantuan banjir
#PKOB
#NADMA
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan