awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM

Fareez Azman
Fareez Azman
17/11/2022
04:33 MYT
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. - Astro AWANI
BERA: Semua agensi dan pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah seluruh negara telah diaktifkan walaupun hanya beberapa kawasan dilanda banjir kilat ketika ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata arahan telah dikeluarkan di setiap negeri menerusi mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara.
"Saya dah beberapa kali terangkan... kita dah memanggil mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Kebangsaan, cuma sekarang tidak diwakili Menteri Besar, Ketua Menteri sebab pilihan raya.
"Tetapi diwakili semua agensi, wakil kerajaan dan sebagainya dan arahan telah dikeluarkan untuk bersedia, pihak PDRM, JBPM dan Jawatankuasa Bencana Negeri telah diaktifkan," jelasnya.
Tambah Ismail Sabri, ketika ini fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
"Ketika ini masih banjir kilat, belum lagi disebabkan monsun walaupun dah bermula masuk ke Timur Laut. Kita harap dan berdoa supaya tidak berlaku banjir besar.
"Setakat hari ini belum lagi (banjir besar) walaupun di Rantau Panjang, Kelantan berlaku banjir dianggap banjir kilat. Untuk menghadapi Monsun Timur Laut sebenar semua dah bersedia," katanya lagi.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, fokus utama ketika ini adalah di kawasan berisiko banjir seperti di Sri Muda dan Klang yang terjejas teruk sebelum ini.
"Saya harap pihak Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya seperti di Klang atau Shah Alam, contohnya di Sri Muda kalau berlaku seperti dulu saya harap peringkat negeri memastikan jawatankuasa pengurusan bencana negeri bersedia.
"Yang paling penting sekali adalah ground zero itu sendiri iaitu di kawasan banjir maka pengurusan bencana peringkat daerah mesti disediakan," ujarnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia di Dataran Kerayong di sini pada Khamis.
Topic Berkaitan
#banjir
#ismail sabri yaakob
#pengurusan bencana
#jawatankuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan