KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) melaporkan terdapat 120 lokasi kejadian bencana setakat 2 petang hari ini melibatkan 94 lokasi terkesan banjir, 16 lokasi cerun runtuh, dua lokasi jalan runtuh, lima jalan mendap dan tiga lokasi kejadian jambatan rosak/runtuh.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam kenyataan memaklumkan kejadian itu berlaku di empat lokasi masing-masing di Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang, satu lokasi masing-masing di Perak dan Selangor, 38 lokasi (Kelantan), 65 lokasi (Terengganu), serta tiga lokasi di Johor melibatkan 48 jalan Persekutuan dan 72 jalan negeri.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir di lima negeri iaitu Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor meningkat sedikit kepada 72,510 di 418 pusat pemindahan sementara (PPS) petang ini berbanding 72,297 mangsa di 446 PPS pagi tadi.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula melaporkan terdapat 10 sungai mempunyai bacaan air di tahap bahaya setakat petang tadi iaitu melibatkan Sungai (Sg) Keratong, Jalan Kota Bahagia, Rompin di Pahang; Sg Lebir di Kampung Tualang di Kuala Krai; Rantau Panjang di Pasir Mas; Sg Golok di Kampung Jambu (Kuala Jambu) Tumpat dan Sg Golok di Rantau Panjang, di Kelantan.
Di Terengganu pula melibatkan Sg Dungun di Jambatan Jerangau, Dungun; Sg Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu; Sg Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Kemaman; Sg Nerus di Kampung Jeram, Kuala Nerus; serta Sg Marang di Jambatan Pengkalan Berangan.
JPS melalui Pusat Ramalan dan Amaran Banjir (PRABN) telah mengemas kini notis kesiapsiagaan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlaku banjir kilat bagi tempoh 24 jam.
"Lokasi hotspot yang disenaraikan melibatkan 12 daerah daripada tiga negeri iaitu Pahang (Bentong, Bera, Kuantan, Pekan dan Rompin); Perak (Batang Padang, Hilir Perak dan Muallim); serta Selangor (Hulu Selangor, Kuala Selangor, Petaling dan Sepang)," menurut kenyataan itu.
NADMA memaklumkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengemas kini amaran hujan berterusan peringkat buruk/waspada di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang berkuat kuasa sehingga esok, Sarawak (23-24 Dis) dan Sabah (23-26 Dis), serta amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan sehingga Sabtu ini.
Selain itu, MetMalaysia juga telah mengeluarkan Ramalan Cuaca Signifikan berdasarkan analisis model cuaca, luruan monsun yang sedang berlaku dijangka sehingga Ahad (25 Dis) dan berpotensi membawa angin kencang, ombak besar serta hujan berterusan di negeri-negeri timur Semenanjung, Sabah dan barat Sarawak serta di perairan Laut China Selatan.
Mengenai penyelarasan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pusat, NADMA memaklumkan semua PKOB di negeri terjejas banjir diarahkan untuk mengenal pasti keperluan PPS alternatif untuk diaktifkan sekiranya yang sedia ada hampir memenuhi kapasiti.
NADMA memaklumkan pengkalan hadapan juga perlu segera membuat penambahan stok untuk memastikan ketersediaannya apabila PPS baharu diaktifkan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 21 2022
Lokasi bencana itu dilapor di Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Johor. - Gambar fail
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.