awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Johor: 101 penduduk Kampung Sungai Tiram terjejas

Bernama
Bernama
02/11/2023
02:10 MYT
Banjir Johor: 101 penduduk Kampung Sungai Tiram terjejas
31 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Raya Sungai Tiram, mulai 11 malam tadi. - Gambar hiasan/Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Sebanyak 101 penduduk di Lorong Mak Piah, Kampung Sungai Tiram di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir kilat.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Faiz Ramli berkata mereka yang terdiri daripada 31 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Raya Sungai Tiram, mulai 11 malam tadi.
Beliau berkata penghulu mukim kampung berkenaan memaklumkan, hujan lebat berlaku sekitar 4 petang dan longgokan kayu serta sampah di jambatan sungai berdekatan telah menyekat aliran air yang seterusnya melimpah sekali gus menyebabkan banjir setinggi satu meter.
"Pasukan keluaran operasi (PKO) terdiri daripada lapan anggota bertindak memindahkan mangsa ke PPS dengan menggunakan sebuah bot bomba sukarela dan sebuah bot orang awam. Ada juga mangsa yang berpindah sendiri ke PPS berkenaan," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata pemantauan sentiasa dijalankan di lokasi kejadian meskipun hujan telah berhenti sekitar 6 petang semalam.
Setakat 8 pagi ini cuaca di kawasan itu dilaporkan cerah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#mangsa
#PPS
#Sungai Tiram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan