awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Johor: 425 mangsa di PPS Tangkak dan Segamat, 3 sungai catat paras bahaya

Sinar Harian
Sinar Harian
30/11/2024
04:50 MYT
Banjir Johor: 425 mangsa di PPS Tangkak dan Segamat, 3 sungai catat paras bahaya
Mangsa banjir di Kampung Awat Segamat yang terputus hubungan dipindahkan ke PPS Balai raya Kampung Awat pada jam 1 pagi, Sabtu. -Foto APM Johor
JOHOR BAHRU: Sejumlah 425 mangsa banjir daripada 127 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Tangkak dan Segamat setakat jam 10 pagi pada Sabtu.

Ringkasan AI
  • Sejumlah 425 mangsa banjir daripada 127 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Tangkak dan Segamat, dengan Tangkak mencatat jumlah mangsa tertinggi seramai 302 orang.
  • Tiga sungai di Johor telah melepasi paras bahaya, iaitu Sungai Tangkak, Sungai Lenik, dan Sungai Kahang, yang meningkatkan risiko banjir di kawasan sekitarnya.
  • Sebanyak sembilan PPS telah dibuka di dua daerah tersebut sejak Jumaat untuk menampung mangsa banjir, dengan tiga PPS di Tangkak dan enam PPS di Segamat.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Azmi Rohani berkata, sebanyak sembilan PPS dibuka di dua daerah terbabit sejak Jumaat.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, Tangkak merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi seramai 302 orang.
"Di Tangkak, sebanyak tiga PPS dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Rahmat menempatkan 167 mangsa banjir daripada 50 keluarga yang merupakan penduduk di Kampung Parit Bengkok.
"Seterusnya, SK Abdullah (46 mangsa banjir) dan Sekolah Agama Bandar (89) manakala di Segamat pula, enam PPS dibuka iaitu Balai raya Kampung Paya Lebar (13); Balai raya Kampung Bukit Tunggal (10); Balai raya Kampung Jabi (8); Balai raya Kampung Batu Badak (40); Dewan Komuniti Tasek dan Balai raya (40) dan Balai raya Kampung Awat (12)," ujarnya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, sebanyak tiga buah sungai di negeri ini dilaporkan melepasi paras bahaya iaitu Sungai Tangkak di Kampung Seri Ma'amor pada paras 4.32 meter (m) berbanding paras bahaya 4 m.
Seterusnya, Sungai Lenik di Batu Pahat (6.50 m berbanding 6 m) dan Sungai Kahang di Kluang (14.77 m berbanding 14.50 m).
Selain itu, empat sungai berada pada paras amaran iaitu Sungai Muar di Buloh Kasap (8.54m berbanding 8.53m); Sungai Kesang Tangkak (3.12m berbanding 3m); Sungai Muar di Jeti Kampung Tekam ( 3.69m berbanding 3.60m) dan Sungai Tebrau di Johor Bahru (3.12m berbanding 3 m). -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir
#Tangkak dan Segamat
#pusat pemindahan
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan