awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib nafi halang siasatan dalam kes 1MDB dan SRC
Jakarta terus dilanda cuaca ekstrem, banjir sehingga hujung Januari
Sewa tapak bazar Ramadan 2026 DBKL kini RM400 - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Jumlah mangsa di Kelantan terus meningkat

Bernama
Bernama
26/02/2022
16:30 MYT
Banjir: Jumlah mangsa di Kelantan terus meningkat
Sebanyak 12 daerah di Terengganu dan Kelantan kini terjejas akibat banjir dengan 6,327 orang ditempatkan di 103 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 9 malam ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 daerah di Terengganu dan Kelantan kini terjejas akibat banjir dengan 6,327 orang ditempatkan di 103 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 9 malam ini.
Di TERENGGANU, lapan daerah yang terjejas akibat banjir iaitu Kemaman, Hulu Terengganu, Besut, Dungun dan Setiu termasuk tiga daerah baharu mula dilanda banjir sejak lewat petang tadi iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, seramai 3,334 individu daripada 931 keluarga ditempatkan di 71 PPS di seluruh Terengganu, dengan daerah Kemaman mencatatkan jumlah penduduk tertinggi terjejas akibat banjir.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir terus menunjukkan peningkatan setakat 9 malam ini, apabila seramai 2,993 orang daripada 881 keluarga berbanding 2,186 orang daripada 622 keluarga, petang tadi.
Aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) memaklumkan sebanyak 32 PPS dibuka melibatkan masing-masing sembilan di Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas manakala lima di Jeli.
Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui https://publicinfobanjir.water.gov.my, melaporkan tiga sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Temangan, Machang merekodkan bacaan 22.05 meter (m), Sungai Kelantan di Kuala Krai (25.08m) dan Sungai Kelantan di Rantau Panjang, Pasir Mas (10.4 m).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kelantan
#mangsa banjir
#terengganu
#Pusat Pemindahan Sementara
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan