awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Jumlah mangsa gelombang kedua menurun di Pahang, 424 mangsa di 11 PPS

Fareez Azman
Fareez Azman
07/01/2022
12:24 MYT
Banjir: Jumlah mangsa gelombang kedua menurun di Pahang, 424 mangsa di 11 PPS
Menurut data dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, seramai 424 mangsa dicatatkan di tiga daerah yang terjejas setakat jam 8.00 malam Jumaat. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir gelombang kedua di negeri Pahang terus mencatatkan penurunan.
Menurut data dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, seramai 424 mangsa dicatatkan di tiga daerah yang terjejas setakat jam 8.00 malam Jumaat.
Kesemua mangsa daripada 117 keluarga itu ditempatkan di 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Daerah Rompin mencatatkan 203 mangsa daripada 61 keluarga yang ditempatkan di empat PPS.
Manakala 165 mangsa di daerah Maran ditempatkan di lima PPS.
Kesemua mangsa daripada 38 keluarga.
Di daerah Pekan pula, seramai 56 mangsa daripada 18 keluarga masih ditempatkan di dua PPS.
Sementara itu, jumlah mangsa bagi gelombang pertama turut mencatatkan penurunan kepada 115 mangsa daripada 36 keluarga.
Kesemua mangsa dari daerah Pekan itu masih ditempatkan di dua PPS.
Topic Berkaitan
#Banjir 2021
#PPS
#pusat pemindahan
#banjir pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan