awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kedah: Bomba selamatkan 28 orang mangsa terperangkap di Baling

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
08/10/2024
07:57 MYT
Banjir Kedah: Bomba selamatkan 28 orang mangsa terperangkap di Baling
Mangsa terperangkap selepas jalan utama di kampung itu dinaiki air dan mangsa terperangkap tidak dapat keluar. - Foto JBPM Baling
BALING: Pasukan Bomba dan Penyelamat Kedah berjaya menyelamatkan 28 orang mangsa banjir selepas rumah mereka di Kampung Banggol Derom, di sini dinaiki air setinggi 1.5 meter pada Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Md Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir itu pada jam 8.43 pagi.
Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi Komander Operasi memaklumkan mangsa terperangkap selepas jalan utama di kampung itu dinaiki air dan mangsa terperangkap tidak dapat keluar.
Rumah penduduk Kampung Banggol Derom dinaiki air setinggi 1.5 meter pada Selasa. - Foto JBPM Baling
Rumah penduduk Kampung Banggol Derom dinaiki air setinggi 1.5 meter pada Selasa. - Foto JBPM Baling
"Sebaik tiba di kampung itu didapati berlaku limpahan air sungai berhampiran menyebabkan enam kediaman penduduk itu dinaiki air setinggi 1.5 meter.
"Air naik dengan laju mengakibatkan penduduk panik lalu menghubungi Bomba untuk mengeluarkan mereka.
"Semua mangsa terdiri daripada tujuh lelaki dewasa, 10 wanita dewasa dan 11 kanak-kanak berjaya di bawa keluar dengan menggunakan bot Bomba," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Mohd Jamil berkata, kesemua mangsa selamat dipindahkan ke Surau Kampung Banggol Deram.
Katanya, operasi pemindahan mangsa tamat pada jam 1.15 tengah hari tadi.
Topic Berkaitan
#bomba Baling
#selamatkan penduduk
#banjir kedah
#rumah dinaiki air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan