awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kelantan: 'Ini bukan pesta' - Polis nasihat orang ramai tidak bawa anak kecil

Bernama
Bernama
29/11/2024
07:00 MYT
Banjir Kelantan: 'Ini bukan pesta' - Polis nasihat orang ramai tidak bawa anak kecil
Paras air Sungai Kelantan di Tambatan D’Raja semakin meningkat susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lepas. - Gambar/ Bernama
KOTA BHARU: Polis menasihatkan orang ramai yang berhasrat membuat tinjauan paras air Sungai Kelantan di Tambatan D'Raja di sini agar sentiasa berwaspada dan tidak membawa anak kecil semasa membuat tinjauan.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata penduduk tempatan sering menjadikan amalan memantau paras air sungai itu sebagai acara tahunan di musim tengkujuh, dan beliau mengingatkan bahawa dengan hanya kesilapan sedikit saja, ia boleh menyebabkan kecelakaan.
"Nasihat saya jangan bawa anak-anak kecil ke kawasan dinaiki air semata-mata untuk melihat keadaan paras air sungai, kita tidak mahu banjir yang melanda Kelantan sekarang dijadikan sebagai "pesta" bermain air walaupun di kawasan cetek berhampiran rumah," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata selain terdedah bahaya dihanyutkan arus, mereka juga terdedah kepada kemungkinan digigit haiwan berbisa yang ada di dalam air.
"Polis akan menjalankan rondaan bagi menasihatkan orang ramai agar tidak bermain air dan menjadikan musim banjir sebagai pesta," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#monsun timur laut
#banjir2024
#Bah Kuning
#pesta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan