awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kelantan: Jambatan Tanjung Kala tenggelam, lebih 1,000 penduduk terputus hubungan

Sinar Harian
Sinar Harian
26/12/2023
08:27 MYT
Banjir Kelantan: Jambatan Tanjung Kala tenggelam, lebih 1,000 penduduk terputus hubungan
Lebih 1,000 penduduk terputus hubungan apabila jambatan Tanjung Kala, di Kuala Pertang, Kuala Krai ditenggelami banjir pada Selasa. -Foto Sinar Harian
KUALA KRAI: Lebih 1,000 penduduk terputus hubungan apabila jambatan Tanjung Kala, di Kuala Pertang di sini ditenggelami banjir pada Selasa.
Antara kampung yang terkepung ialah Tanjong Kala, Pasir Jering, Kebun Pisang, Sungai Tasan dan Kuala Pertang.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi, mendapati penduduk terpaksa menggunakan bot sebagai pengangkutan alternatif untuk memudahkan urusan keluar masuk.
Pada masa sama, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga dilihat bertungkus lumus membantu penduduk yang ingin menyeberangi Sungai Kuala Pertang.
Penduduk, Rohadi Yusof, 58, berkata, jambatan tersebut telah ditenggelami banjir sejak Ahad lalu.
"Hari ini (Selasa) air semakin surut, bagaimanapun jambatan masih tidak kelihatan malah arus deras.
"Sudah tiga hari penduduk terputus hubungan. Hendak guna bot, bahaya kerana arus sangat deras," katanya kepada pemberita.
Menurut dia, melihat kepada cuaca mendung mereka menjangkakan jambatan itu akan tenggelam selama seminggu.
Katanya, penduduk berharap cuaca akan kembali baik seperti biasa dan banjir surut dengan cepat. -Sinar Harian
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#penduduk terputus hubungan
#jambatan Tanjung Kala
#ATM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan