KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) pada Ahad mengulangi beberapa peruntukan dan langkah tambahan yang telah diambil oleh kerajaan bagi menangani bencana banjir, termasuk peningkatan dana kepada RM500 juta daripada RM200 juta bagi Kemudahan Bantuan Bencana (DRF) 2022 oleh Bank Negara Malaysia.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata DRF akan disediakan melalui bank komersial untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi membiayai penggantian peralatan yang rosak akibat banjir serta modal kerja.
"Pembiayaan sehingga RM500,000 akan disediakan untuk PKS; manakala usahawan mikro boleh meminjam sehingga RM75,000. Tempoh pembiayaan adalah sehingga lima tahun termasuk moratorium bayaran balik selama enam bulan," katanya dalam kenyataan.
[LAPOR LANGSUNG] Banjir: 'Kami cuba untuk bangkit' - Penduduk
Beliau berkata kadar pembiayaan adalah hingga 3.5 peratus setahun termasuk kos jaminan.
Permohonan boleh dibuat melalui bank komersial mulai 27 Dis, 2021, katanya.
"Kerajaan akan terus memantau keadaan dan MoF khususnya akan sentiasa bersedia untuk menyediakan peruntukan yang secukupnya bagi membantu mangsa banjir secepat mungkin," katanya.
Peningkatan dana DRF telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 Dis lepas, sebagai inisiatif bantuan ringankan beban mangsa banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 26 2021

Tengku Zafrul berkata DRF akan disediakan melalui bank komersial untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). - Gambar fail

Terbuka Malaysia | Axelsen dalam kelas tersendiri, rangkul gelaran sulung
Pemain Denmark Viktor Axelsen nyata berada pada kelas tersendiri apabila berjaya merangkul gelaran sulung Terbuka Malaysia 2022 selepas menewaskan pemain Jepun, Kento Momota dengan mudah pada final perseorangan lelaki, pada Ahad. Axelsen membuktikan statusnya sebagai pemain nombor satu dunia dan juara Olimpik Tokyo 2020 dengan menumpaskan Momota dalam straight set 21-4, 21-7 untuk melakar gelaran hatrik dalam tempoh sebulan selepas terbuka dan Masters Indonesia.

Bertanding Pemilihan | Saya tak pernah bincang dengan PM - Annuar Musa
Annuar Musa hari ini menafikan spekulasi yang dibuat sesetengah pihak kononya beliau bersama Perdana Menteri merancang untuk bertanding dalam pemilihan UMNO yang akan datang membabitkan kerusi tertinggi kepimpinan parti tersebut. Jelas beliau, setakat ini tiada sebarang perbincangan pernah diadakan berkenaan perkara itu walaupun mengakui pernah mendengar desas desus terbabit.

10 Berita Pilihan - (02 Julai 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Julai 2022.

Vietnam Airlines sambung semula perkhidmatan ke Indonesia
Vietnam Airlines menyambung semula perkhidmatan antara Ho Chi Minh City dan Jakarta, Indonesia pada Sabtu selepas dihentikan beberapa bulan lalu akibat COVID-19.

Banjir Australia | Penduduk New South Wales diarah berpindah
Perkembangan banjir di Australia. Penduduk New South Wales diarahkan untuk berpindah setelah paras air meningkat disebabkan hujan lebat berterusan sehingga menyebabkan banjir di wilayah itu.

Muzium Baharu | The Palace Museum tarikan terbaharu di Hong Kong
Muzium budaya The Palace Di Hong Kong mula dibuka kepada umum pada Ahad. Lebih dari 900 koleksi dipamerkan di muzium ini, termasuk beberapa koleksi peribadi yang pertama kali dipamerkan buat pengunjung.

Nahas Bas | 19 maut dalam kemalangan bas di Pakistan
Nahas bas di Dana Sar, Barat Daya Pakistan meragut 19 nyawa. Menurut kenyataan rasmi kerajaan yang dikeluarkan pada Ahad. Nahas itu turut mencederakan 12 penumpang lain.

Risiko Banjir | Peruntukan lebih RM1 bilion elak risiko banjir, hakisan
Sebanyak RM1.5 hingga RM5 bilion diperuntukkan bagi mengurangkan risiko banjir, pengawalan hakisan pantai, pemuliharaan muara sungai dan pembangunan sungai di Terengganu. Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, peruntukan itu diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 membabitkan 21 projek terdiri daripada 20 projek sambungan dan satu projek baharu.

Meninggal Dunia | Tok Mun meninggal dunia
Bekas calon bebas Pilihanraya Umum (PRU) Ke-12, Maimun Yusof atau lebih dikenali sebagai Tok Mun meninggal dunia di kediamannya di Kampung Sungai Atas Tol, Kuala Terengganu akibat sakit tua pada Ahad. Maimun yang juga calon wanita tertua pada PRU Ke-12 menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 3.30 petang tadi pada usia 103 tahun.

Negara perlu pelan mitigasi dan adaptasi terhadap perubahan iklim - Greenpeace Malaysia
Banjir di beberapa negeri pada Disember 2021 antara lain meragut 55 nyawa dan mengakibatkan kerosakan harta benda bernilai RM2.6 bilion.

250 pegawai, anggota APM Melaka sedia digerakkan hadapi bencana
APM Melaka juga mengenal pasti hampir 100 kawasan yang berisiko di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Banjir kilat: Lapan kampung di daerah Sik terjejas
Sehingga kini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan kesemua mangsa yang terjejas berpindah sementara ke rumah saudara-mara dan jiran.

Banjir: Penduduk Taman Sri Muda saman pihak berkuasa
Mereka juga menuntut ganti rugi am serta ganti rugi teruk atas bayaran kos perubatan, tekanan emosi, kesakitan dan penderitaan yang dialami.

Mangsa korban banjir Bangladesh meningkat kepada 73 orang
Banjir di beberapa bahagian negara itu semakin buruk disebabkan limpahan air besar dari kawasan hulu.

Dua kawasan di Selangor dilanda banjir kilat - Bomba
Kawasan terlibat adalah Jalan Pengkalan Kampung Nelayan, Telok Gong di Pelabuhan Klang melibatkan lima mangsa dan Jalan Perepat, Telok Panglima Garang di Kuala Langat melibatkan 64 mangsa.

Beberapa kawasan di Melaka Tengah dilanda banjir kilat
Beberapa kawasan di Melaka Tengah dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak 6.30 pagi tadi menyebabkan air dari sungai dan parit melimpah ke rumah penduduk di kawasan rendah.

69 maut, 9.5 juta terkandas dalam banjir di Bangladesh
Hujan monsun lebat membawa banjir terburuk dalam lebih satu abad di beberapa kawasan rendah Bangladesh.

Mangsa banjir di PPS Bandar Baharu meningkat
Kesemua mangsa banjir itu berada di Dewan Keda Sungai Tengas yang mula dibuka pada pukul 8 malam tadi.

Satu PPS dibuka tempatkan 18 mangsa banjir di Kedah
PPS itu, yang dibuka pada jam 8 malam, menempatkan mangsa banjir dari Mukim Selama.