awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Kerajaan cadang bina PPS bersifat kekal - TPM

Hilmi Malik
Hilmi Malik
22/12/2022
10:06 MYT
Banjir: Kerajaan cadang bina PPS bersifat kekal - TPM
Ahmad Zahid ditemui ketika sidang media di Sekolah Kebangsaan (SK) Jelor di Pasir Puteh, Kelantan pada Khamis. - Foto Astro AWANI
PASIR PUTEH: Kerajaan bercadang untuk membina pusat pemindahan sementara (PPS) banjir yang bersifat kekal sebagai persediaan untuk menempatkan mangsa-mangsa banjir di kawasan ‘hotspot’ dan kerap berlaku bencana tersebut.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelaksanaan itu menyasarkan sekolah-sekolah yang sebelum ini sering dijadikan sebagai PPS.
“Saya telah adakan perbincangan dengan Menteri Besar Kelantan, dan semua pihak terlibat, melalui peruntukan yang akan saya perolehi akan didirikan PPS secara kekal di jajahan atau kawasan yang sering dilanda banjir.
“Sekolah tersebut untuk dibina sebuah dewan bagi dijadikan PPS ketika banjir dan digunakan oleh pihak sekolah sewaktu di luar musim banjir,” katanya ketika sidang media di Sekolah Kebangsaan (SK) Jelor di sini pada Khamis.
Jelasnya, pembinaan dewan itu juga tidak digunakan secara bermusim sebaliknya ia merupakan satu pendekatan yang proaktif untuk digunakan sepanjang masa.
Selain itu, bagi PPS yang tidak melibatkan penggunaan sekolah, Ahmad Zahid menyatakan, pihaknya akan berbincang dengan seluruh pihak untuk membina PPS di kawasan yang bersesuaian.
“PPS yang kekal dan tidak ada di kawasan sekolah, kerajaan akan berbincang dengan seluruh pihak untuk kenal pasti tanah-tanah yang bersesuaian… tanah-tanah kerajaan negeri dan insyAllah kerajaan Pusat akan salurkan peruntukan bagi membina PPS secara kekal,” ujarnya lagi.
Sebelum itu, beliau hadir mendengar taklimat pengurusan bencana di sekolah berkenaan yang turut melibatkan beberapa agensi kerajaan.
Turut hadir, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, dan Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi.
Ahmad Zahid dalam masa sama sempat meluangkan masa untuk melawat kesemua mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SK Jelor.
Pantau Kerajaan Baharu di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#Zahid Hamidi
#Pasir Puteh
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan