awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Kerajaan kurang pengalaman urus bencana, NGO lebih cekap - Ahli Parlimen Hulu Langat

Hilmi Malik
Hilmi Malik
24/12/2021
11:59 MYT
Banjir: Kerajaan kurang pengalaman urus bencana, NGO lebih cekap - Ahli Parlimen Hulu Langat
Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berpendapat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lebih cekap dan berpengalaman menguruskan krisis sedemikian seperti yang sedang dihadapi negara ketika ini. - Gambar Astro AWANI
HULU LANGAT: Kerajaan dilihat tidak mempunyai pengalaman yang secukupnya dalam berdepan dengan situasi bencana alam.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berpendapat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lebih cekap dan berpengalaman menguruskan krisis sedemikian seperti yang sedang dihadapi negara ketika ini.
Sehubungan itu, Hasanudin berkata, kerajaan perlu belajar daripada pihak yang lebih cekap menguruskan banjir.
"Saya berpendapat kerajaan belum ada cukup pengalaman urus bencana. Saya lihat NGO jauh lebih cekap terutamanya isu banjir kerana mereka ada pengalaman di Acheh dan negeri-negeri pantai timur," katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di sini, pada Jumaat.
[LAPOR LANGSUNG] Banjir: Jumlah mangsa turun di empat negeri, Negeri Sembilan meningkat
Dalam perkembangan sama, Hasanuddin berkata, meskipun NGO-NGO mempunyai pengalaman luas, namun kumpulan tersebut tidak mempunyai kuasa penuh untuk bertindak.
"(Justeru) kita mohon kerajaan belajarlah daripada pengalaman mereka (NGO)… mereka dapat bertindak lebih cepat," katanya lagi.
Sementara itu, beliau berkata, isu mengenai kerjasama pihak terlibat tidak timbul dalam perkara tersebut sebaliknya langkah tadbir urus yang perlu diberi penekanan.
Mengenai pasca banjir di Hulu Langat, beliau menjangkakan, sekurang-kurangnya tiga bulan masa yang diperlukan untuk keadaan kembali seperti sedia kala.
Keadaan itu, kata Hasnuddin, disebabkan kerja-kerja pembersihan yang memakan masa serta operasi mengalihkan kenderaan yang tersadai akibat banjir.
Topic Berkaitan
#banjir
#kerajaan kurang pengalaman
#NGO lebih cekap
#Ahli Parlimen Hulu Langat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan