awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat di Gua Musang, limpahan air sungai naik mendadak

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
03/01/2021
23:21 MYT
Banjir kilat di Gua Musang, limpahan air sungai naik mendadak
Sejak pukul 11.30 malam tadi, satu PPS dibuka di SMK Tengku Indra Petra 1 susulan banjir kilat di beberapa kawasan di Gua Musang.
GUA MUSANG:Hujan berlarutan sejak pagi Ahad menyebabkan beberapa kawasan rendah dan jalan perhubungan di sini mula dinaiki air pada Ahad.
Antaranya termasuk laluan berhampiran kawasan sungai seperti di Kampung Kolam Mas, Kampung Batu 1, Bandar Lama Gua Musang, Kampung Baru Hilir, kawasan perindustrian Ladang Chin Teck, Kawasan Industri dan Kampung Kerinting.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gua Musang, DSP Sik Choon Foo berkata, banjir kilat yang berlaku itu disebabkan limpahan air dari sungai yang meningkat secara mendadak.
Katanya, sejak pukul 11.30 malam tadi, satu pusat penempatan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indra Petra 1.
Menurutnya, 42 orang mangsa melibatkan 8 keluarga ditempatkan di sekolah itu.
Selain Polis Diraja Malaysia (PDRM) beberapa agensi lain turut membantu iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#banjir
#polis
#sekolah
#bomba
#keluarga
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan