KAMPAR: Hujan lebat petang tadi menyebabkan enam penduduk di Kampung Sahom, di sini terpaksa dipindahkan ke tempat lebih selamat.
Banjir kilat menyebabkan hampir 10 buah rumah di kampung berkenaan terjejas selepas paras air Sungai Rias naik mendadak.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 6.24 petang.
Menurutnya, kesemua penghuni rumah tersebut berada di seberang sungai yang dihubungkan oleh tiga buah jambatan.
“Jarak di antara jambatan pertama ke jambatan kedua adalah kira-kira 300 meter manakala dari jambatan kedua ke jambatan ketiga ialah sejauh satu kilometer,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Menurut jurucakap itu lagi, semasa waktu puncak kejadian, paras air sungai dilaporkan setinggi tujuh meter.
“Proses pemindahan mangsa ke tempat selamat menggunakan tali dan peralatan menyelamat di air telah dilakukan oleh anggota bomba,” ujarnya.
Katanya, mangsa terdiri daripada tiga wanita dewasa, seorang lelaki dewasa, dan dua kanak-kanak perempuan.
Operasi yang melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar dan BBP Gopeng diketuai oleh Penguasa Kanan Bomba II Sabarodzi Nor Ahmad.
Anggota bomba kemudiannya terus melakukan pemantauan di kawasan kejadian.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jan 11 2023

Banjir kilat menyebabkan hampir 10 buah rumah di kampung berkenaan terjejas selepas paras air Sungai Rias naik mendadak. - Foto ihsan JBPM

Berang ditegur baca doa buka puasa laju, anak pukul bapa
Suspek berumur 34 tahun itu dipercayai berang setelah ditegur mangsa kerana membaca doa berbuka puasa dengan laju.

Pegawai ditahan: Imigresen serah kepada SPRM, sedia beri kerjasama penuh
Jabatan Imigresen Malaysia tidak akan berkompromi terhadap salah laku melibatkan mana-mana pegawai dalam soal pelanggaran integriti.

Lelaki maut, wanita dikhuatiri lemas kereta terbabas ke dalam sungai
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita yang hanyut di sekitar sungai berkenaan.

AS & Kanada komited tentang rejim autoritarian
Amerika Syarikat dan Kanada ikrar akan bersama menentang rejim authoritarian.

Biden sahkan China tidak bekal senjata kepada Rusia
Presiden Joe Biden sahkan China tidak membekalkan senjata kepada Rusia, untuk operasi ketenteraan negara itu di Ukraine.

Rangka manusia ditemui terdampar tepi sungai
Mayat tanpa identiti tersebut didapati berada di tepi sungai di mana jarak antara sungai dengan mayat dijumpai kira-kira 1.8 meter.

Masalah gangguan bekalan air, apa penyelesaian?

Penumpang Prasarana cecah sejuta sehari
Jumlah penumpang perkhidmatan Prasarana mencecah sejuta sehari. Ia termasuk penggunaan perkhidmatan Rapid Bus dan MRT laluan Putrajaya.

Ibrahimovic pecah rekod Euro
Zlatan Ibrahimovic menjadi pemain kedua tertua beraksi dalam kelayakan kejohanan Eropah pada usia 41 tahun.

"Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak..." - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan
Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia dan rakan-rakannya sudah mempunyai perancangan untuk menunaikan solat tarawih di masjid berlainan.

Monsun Timur Laut berakhir 23 Mac, fasa Peralihan Monsun pula bermula - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan fasa peralihan monsun bermula 23 Mac depan sehingga pertengahan Mei.

Banjir Kilat: 248 mangsa masih berlindung di dua PPS di Sarawak
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan kesemua mangsa berlindung di PPS Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi dan PPS Dewan Masyarakat Stapok.

Hujan lebat lebih 2 jam, beberapa kawasan di Kuching dilanda banjir kilat
Beberapa kawasan di sekitar Bandaraya Kuching dan Siburan mengalami banjir kilat selepas hujan lebat lebih dua jam bermula jam 6 pagi tadi.

Banjir kilat: 17 penduduk Kampung Larut Ulu ditempatkan di PPS
Seramai 17 penduduk daripada tiga keluarga di Kampung Larut Ulu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Air Kuning malam tadi susulan banjir kilat.

Risiko banjir kilat di Johor, Sarawak dalam tempoh 12 jam - JPS
JPS mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 12 jam, di beberapa daerah di Johor dan Sarawak sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan terus berlaku.

Banjir Sarawak: 16 pelajar SPM dibantu pihak bomba ke dewan peperiksaan
Seramai 16 pelajar tingkatan lima dari SMK Lake, Bau hadir menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan dibantu pasukan bomba selepas kampung mereka terputus akibat banjir kilat.

Banjir kilat: Beberapa kawasan di daerah Batang Padang dinaiki air
Hujan lebat lebih dua jam sejak kira-kira pukul 4 petang menyebabkan beberapa kawasan di Daerah Batang Padang dilanda banjir kilat.

Pulau Pinang negeri terbaharu dilanda banjir
Kebanyakan rumah dinaiki air hingga paras 0.6 meter, namun beberapa kawasan kembali surut malam tadi.

Banjir: Bilangan mangsa di PPS SK Relau meningkat
Paras air meningkat sehingga mencecah 0.5 meter menyebabkan kesemua mangsa terpaksa dipindahkan ke PPS berkenaan.

Banjir kilat di Pulau Pinang, dua PPS dibuka
Kedua-kedua PPS tersebut dibuka bagi menempatkan 59 mangsa yang terdiri daripada 17 keluarga.