TAWAU: Hujan lebat yang turun pada jam 3 petang menyebabkan beberapa kawasan di sekitar daerah Tawau dinaiki air pada Rabu.
Antara kawasan yang terjejas ialah kawasan Taman Kapital dan bulatan Fujimart Tawau sehingga menyebabkan sebuah kenderaan jenis Kelisa yang diparkir di bahu jalan dihanyutkan arus deras ke dalam sebuah parit.
Ketua Balai Bomba Tawau, Julius John Stephen ketika dihubungi melalui panggilan telefon berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada jam 4.45 petang sebelum menggerakkan 19 pegawai dan anggota serta dua jentera dan sebuah van EMRS ke lokasi terjejas.
"Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau telah menerima panggilan bencana banjir yang melibatkan dua kawasan iaitu di Taman Kapital Tawau dan juga bulatan Fujimart Tawau yang kami terima panggilan pertama pada jam 4.45 petang.
“Pada masa sama kita juga menerima panggilan satu kes iaitu sebuah kenderaan Kelisa berwarna putih telah hanyut semasa kejadian, namun tiada mangsa yang terlibat.
“Keadaan pada masa itu arus deras dan didapati air melimpah daripada parit di kawasan sekitar,” jelasnya.
Bagaimana pun katanya air banjir beransur surut ketika hujan mulai reda namun pihak bomba terus memantau kawasan berkenaan sekiranya hujan kembali turun.
“Pemantauan kami di lokasi mendapati air parit di lokasi melimpah, maksudnya banjir berpunca dari aliran parit di kawasan itu dan sekarang ini air sudah mula menurun tapi kami akan terus memantau dari masa ke semasa sekiranya hujan turun lagi,” ujarnya.
Tambah Julius, sehingga jam 10 malam tiada pusat penempatan sementara (PPS) dibuka untuk mangsa banjir memandangkan keadaan masih terkawal dan air segera beransur surut.
Petrus Bernard
Wed Oct 05 2022
Hujan lebat yang turun pada jam 3 petang menyebabkan beberapa kawasan di sekitar daerah Tawau dinaiki air pada Rabu. - Astro AWANI
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di enam negeri
Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang hingga esok
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu dan Pahang sehingga esok.
Banjir: Gua Musang, Kuala Krai dan Tanah Merah mula dinaiki air
Di Gua Musang, seramai 1,650 penduduk di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil terputus hubungan ekoran jambatan penghubung sepanjang kira-kira 60 meter tenggelam akibat limpahan Sungai Chalil
Rakyat Pahang dinasihat berwaspada dan patuh arahan pihak berkuasa
Rakyat Pahang khususnya yang menetap di kawasan berisiko banjir diminta lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk bersedia untuk berpindah ke PPS yang ditetapkan.
Banjir gelombang kedua: Perlu tambah baik penyampaian makanan, khemah di PPS - MERCY Malaysia
Penambahbaikan dari segi penyediaan makanan, khemah dan penyeliaan bantuan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) perlu di beri perhatian dalam menghadapi gelombang kedua banjir.
Thailand bersiap sedia hadapi gelombang kedua hujan lebat, banjir di wilayah selatan
Antara wilayah yang dijangka terjejas termasuk Chumphon, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Songkhla, Ranong, Trang, Pattani, Yala, dan Narathiwat.
Kerajaan Kelantan pastikan baik pulih jalan di Gua Musang dipercepat
Kerajaan Kelantan akan memastikan kerja-kerja baik pulih melibatkan kerosakan jalan raya di Gua Musang dilaksanakan secepat mungkin.