KUALA LUMPUR: Banjir kilat yang melanda Lembah Klang memberi kesan yang amat mendalam, lebih-lebih lagi pada mangsa yang terpaksa berulang kali menghadapinya.
Hanya dalam tempoh tiga bulan setelah dilanda banjir pada Disember lalu, berlaku lagi episod perkakas rumah yang kembali rosak atau musnah akibat ditenggelami air dan lumpur.
Walaupun perit untuk ditelan, namun itulah realiti yang berlaku bagi penduduk Kampung Pasir Baru di ibu negara.
Astro AWANI membuat tinjauan di sekitar kampung itu mendapati, meskipun kesan banjir tidak seburuk penghujung tahun lalu, namun kesan terhadap emosi penduduk terus berbekas.
Siti Aisah Abdullah, 39, tidak dapat menahan sebak mengenangkan nasib yang menimpa keluarganya.
"Kami bukan golongan senang, setiap kali banjir nak keluar duit untuk beli barangan yang rosak.
"Kami memerlukan belas ihsan pihak bertanggungjawab untuk memantau keadaan, agar lebih elok dan tidak berlaku kejadian banjir lagi.
"Memang perit, nak guna duit untuk keperluan harian lagi... dengan kos sara hidup yang tinggi," keluhnya.
Tambah Siti Aisah, meskipun kejadian banjir pada petang Isnin itu disebabkan keadaan cuaca, iaitu jumlah taburan hujan yang luar biasa, namun jelasnya satu penyelesaian yang konkrit amat didambakan penduduk.
Bukan sahaja mereka kerap menanggung kerugian akibat barangan kediaman yang rosak, malah penduduk sering rasa tertekan setiap kali hujan, kerana membayangkan mereka sekali lagi perlu berdepan detik hitam.
"Sampai satu tahap, kami dah tidak lalu dengan keadaan macam ini. Hanya kemaskan rumah untuk berteduh.
"Untuk perabot, kami dah tidak beli lagi dah, cuma bersihkan rumah. Janji boleh masak. Ini tidur pun guna tilam bantuan kerajaan," jelasnya lagi.
Seorang lagi penduduk, Jamil Abdullah, 44, juga mengharapkan kejadian pada Isnin itu tidak lagi berulang, dan pihak bertanggungjawab dapat melaksanakan sesuatu tindakan untuk sekurang-kurangnya cuba menangani impak bencana seumpamanya.
Dia sendiri mengambil inisiatif dengan menggunakan rak yang tinggi untuk meletakkan barangan berharga dan barangan elektrik bagi mengelakkan ditenggelami banjir setiap kali hujan.
Persoalannya, sampai bila mereka mahu hidup berterusan sebegitu?
"Agak tidak sangka (kejadian kali ini)... sebab baru selang dua bulan lebih kita sudah alami dua banjir kilat di Kampung Pasir Baru.
"Kita tidak pasti puncanya dari mana, tapi inilah akibatnya... dengan barang yang musnah. Ini kita minta pihak berwajib kalau dapat buat sesuatu penambahbaikan dari segi perparitan atau pam air di kampung ini.
"Rumah saya keadaan macam ni (berlumpur), terpaksa gunakan rak semua... Takkan nak tidur pun atas rak?" katanya lagi.
Kru Astro AWANI pada petang Selasa menyaksikan puluhan rumah terjejas akibat banjir kilat yang melanda pada hari sebelumnya. Rata-rata penduduk dilihat giat mengemas dan membersihkan rumah. Ada juga yang membuang perkakas atau kelengkapan rumah yang tidak lagi boleh digunakan.
Sementara itu, tinjauan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kelab Sultan Sulaiman mendapati masih terdapat 147 mangsa ditempatkan di situ.
Difahamkan, kebanyakan daripada mereka telah selesai mengemas rumah namun tidak dibenarkan pulang ekoran keadaan cuaca yang belum mengizinkan.
Fareez Azman
Tue Mar 08 2022
Penduduk terjejas giat mengemas dan membersihkan rumah, malah ada juga yang terpaksa membuang perkakas atau kelengkapan rumah yang tidak lagi boleh digunakan. - Astro AWANI
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Bantuan RM1,000 kepada 20 pemilik kenderaan ditenggelami banjir kilat di Presint 11 Putrajaya
Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek.
Beberapa kawasan di Nilai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan lebih dua jam petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat.
Putrajaya dilanda banjir kilat, 20 kenderaan tenggelam
Beberapa kenderaan ditenggelami air di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya, Presint 11 di sini susulan banjir kilat pada Ahad.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, kesan daripada ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Kebanyakan insiden banjir kilat kerana isu kebersihan - Aiman Athirah
Menurut Aiman Athirah, masalah ini memerlukan kesedaran awam di peringkat komuniti untuk sama-sama menangani isu banjir kilat.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Tidak berasas dakwa kerajaan Melaka tidak serius tangani banjir kilat - Exco
Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat melaksanakan pelbagai langkah komprehensif untuk mengatasi masalah banjir kilat.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.