awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat: Lagi mangsa dipindahkan di Sik

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
22/10/2023
23:45 MYT
Banjir kilat: Lagi mangsa dipindahkan di Sik
Kesemua mangsa berjaya dibawa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Islam Kampung Tanjung Belit, yang dibuka sejak malam tadi. - Foto JBPM
SIK: Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik membantu memindahkan 11 mangsa dari Kampung Lubuk Tualang dan Kampung Bendang Temiat, di sini yang terjejas akibat banjir.
Ketua BBP Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhiari Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir pada jam 6.44 petang semalam.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Sik bergegas ke lokasi untuk membantu memindahkan mangsa dari beberapa kampung yang terjejas akibat banjir kilat yang berlaku.
"Setibanya di lokasi, didapati laluan di kawasan terjejas banjir ditenggelami air dan jalan terputus.
"Tindakan yang dilakukan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mengharungi air untuk membantu menyelamat mangsa yang terperangkap akibat banjir di kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Keadaan banjir kilat yang melanda Kampung Lubuk Tualang dan Kampung Bendang Temiat. - Foto JBPM
Keadaan banjir kilat yang melanda Kampung Lubuk Tualang dan Kampung Bendang Temiat. - Foto JBPM
Zulkhiari berkata, kesemua mangsa yang berjaya diselamatkan di Kampung Lubuk Tualang seramai enam orang yang terdiri daripada dua lelaki, tiga wanita dan seorang kanak-kanak.
"Operasi memindahkan lima mangsa di Kampung Bendang Temiat turut dilakukan membabitkan seorang wanita warga emas, seorang wanita, dua remaja dan seorang bayi berusia tiga bulan.
"Selain itu, operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Selain itu, dua buah kenderaan pacuan empat roda daripada badan bukan kerajaan (NGO) khidmat Malaysia turut membantu dalam operasi berkenaan," katanya.
Zulkhiari berkata, kesemua mangsa berjaya dibawa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Islam Kampung Tanjung Belit, yang dibuka sejak malam tadi.
Beliau berkata, limpahan air sungai adalah disebabkan taburan hujan yang tinggi menyebabkan trend air laluan dari bahagian atas Belantik turun ke Chepir dan Lubuk Tualang seterusnya ke Bandar Hilir.
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#hujan lebat
#PPS
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan