awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat Raub, 20 penduduk dipindahkan ke PPS

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
23/10/2022
06:14 MYT
Banjir kilat Raub, 20 penduduk dipindahkan ke PPS
Kawasan terlibat telah dinaiki air sedalam kira-kira 0.4 meter selepas air dari Sungai Atok melimpah ekoran hujan lebat yang turun selama beberapa jam malam tadi. - Foto JBPM
RAUB: Seramai 20 mangsa daripada lima keluarga di Kampung Ulu Atok di sini dipindahkan apabila penempatan mereka di dinaiki air ekoran banjir kilat kira-kira jam 6.45 pagi tadi.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Raub, Kapten (PA) Samasuddin Kambade berkata, kesemua mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Atok di sini.
"Kawasan terlibat telah dinaiki air sedalam kira-kira 0.4 meter selepas air dari Sungai Atok melimpah ekoran hujan lebat yang turun selama beberapa jam malam tadi.
"Sebaik menerima maklumat anggota APM Raub bertindak segera membantu dan membawa mangsa ke tempat yang selamat," katanya di sini hari ini.
Ikuti semua perkembangan mengenai banjir DI SINI!
Sementara itu Ketua Zon 3 Bomba Pahang, Shahrulnizam Nasir berkata, pasukan keselamatan termasuk polis, bomba, APM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan sentiasa diletakkan dalam keadaan bersiap sedia bagi sebarang kemungkinan sekiranya ada penduduk yang perlu dipindahkan.
Menurutnya, difahamkan kejadian banjir kilat yang berlaku disebabkan hujan lebat selama beberapa jam di kawasan terbabit namun keadaan terkawal.
"Trend air juga dilihat semakin menurun dan pasukan keselamatan akan sentiasa memantau dari semasa ke semasa kawasan berkenaan.
“Saya mengharapkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan sering dilanda banjir terutamanya berdekatan dengan sungai supaya sentiasa berwaspada dan bersiap siaga menghadapi banjir berikutan hujan lebat sering berlaku semasa Monsun Timur Laut yang bermula November ini,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#banjir Raub
#PPS dibuka
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan