awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Koordinasi NADMA bersama agensi pasukan penyelamat lain dibuat secara teratur

Bernama
Bernama
22/11/2023
22:00 MYT
Banjir: Koordinasi NADMA bersama agensi pasukan penyelamat lain dibuat secara teratur
Khairul Shahril berkata, koordinasi antara agensi penyelamat dapat membantu pegawai-pegawai agensi berkenaan saling bertukar pandangan dan kefahaman SOP berkaitan tugas menyelamat. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Koordinasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama agensi penyelamat lain dalam menghadapi musim bencana telah dibuat secara teratur dan baik, kata Ketua Pengarah NADMA Datuk Khairul Shahril Idrus.
Beliau berkata persediaan awal telah dibuat sebelum musim Monsun Timur Laut tiba, selain menambah baik prosedur operasi standard (SOP) menyelamat.
"Pelbagai latih amal telah dibuat bersama kesemua agensi penyelamat mengikut Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20.
"Kita tidak mempunyai masalah dalam mengkoordinasikan agensi penyelamat lain kerana kami banyak belajar daripada pengalaman-pengalaman lepas (pengalaman bencana alam)," katanya.
Khairul Shahril berkata demikian ketika menjadi tetamu jemputan dalam Ruang Bicara bertajuk "Banjir: Bantuan Menyelamat, Kerjasama Agensi Penyelamat" anjuran Bernama TV di sini malam tadi.
Menurutnya, koordinasi antara agensi penyelamat lain dapat membantu pegawai-pegawai agensi berkenaan saling bertukar pandangan dan kefahaman SOP berkaitan tugas menyelamat.
"Selain itu, saya ingin menyeru masyarakat setempat agar menjadi pasukan responden pertama yang bertindak jika berlaku sesuatu bencana alam di kawasan mereka tanpa menunggu ketibaan bantuan penyelamat.
"Ini kerana penduduk setempat lebih mengetahui lokasi di mana berlaku bencana (air banjir naik), tempat untuk berpindah dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad berkata sebanyak 150 bot telah diluluskan dalam peruntukan sebelum ini untuk diberi kepada komuniti setempat.
Beliau berkata kemudahan itu adalah untuk komuniti keluar lebih awal jika berlaku banjir dan memudahkan urusan menyelamat dapat dilaksanakan.
"Kita perlu memperkasa komuniti setempat agar mereka dapat bertindak dalam keadaan kecemasan sebelum bantuan tiba," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#NADMA
#kerjasama agensi penyelamat
#Khairul Shahril Idrus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan