awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: KPT beri ruang universiti laksana pembelajaran dalam talian

Bernama
Bernama
02/12/2024
10:07 MYT
Banjir: KPT beri ruang universiti laksana pembelajaran dalam talian
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Zaini Ujang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi ruang kepada universiti yang terjejas banjir untuk melaksanakan proses pengajian mengikut kesesuaian termasuk pembelajaran secara dalam talian.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan pagi tadi bersama Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Dr Zaini Ujang, selain menyediakan bantuan kepada pelajar terjejas.
"Jika ada kawasan yang terjejas disebabkan ini (banjir), kita sangat fleksibel untuk menyediakan ruang (pembelajaran). Kaedahnya pelbagai.
"Sekarang ni, kawasan yang terlibat (banjir) di Kelantan dan Terengganu... kita bagi fleksibiliti kepada universiti, mereka tahu apa yang perlu laksanakan," katanya pada sidang media selepas majlis penandatanganan nota kerjasama antara Kementerian Pertahanan dan KPT di sini hari ini.
Mengenai bantuan kepada pelajar terjejas akibat banjir, Zambry berkata terdapat pasukan sukarelawan Skuad Ihsan MADANI akan membantu menyalurkan bantuan terbabit selain pihak universiti juga akan mengenal pasti pelajar yang terlibat dan kebanyakan mereka berada di kampus masing-masing.
Pada 29 Nov lepas, media melaporkan sebanyak 3,029 penuntut institusi pengajian tinggi awam terjejas banjir dengan 481 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) dalam kampus manakala 42 lagi dipindahkan ke PPS luar.
Zambry berkata pelajar yang terkesan khususnya di Pantai Timur melibatkan Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Malaysia Kelantan serta politeknik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPT
#pembelajaran dalam talian
#Zambry Abd Kadir
#universiti terjejas
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan