KUALA LUMPUR: Banjir yang melanda negara pada penghujung tahun lepas dan awal tahun ini telah mengakibatkan kerugian berjumlah RM6.1 bilion, bersamaan 0.4 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar nominal, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Pengarah DOSM Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata berdasarkan Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia 2021 yang dikeluarkan hari ini, aset awam dan infrastruktur mengalami kerugian tertinggi iaitu sebanyak (RM2.0 bilion), diikuti tempat kediaman (RM1.6 bilion) dan kenderaan (RM1.0 bilion).
Sementara itu beliau berkata sektor pembuatan mengalami kerugian RM0.9 bilion, premis perniagaan (RM0.5 bilion) dan pertanian (RM90.6 juta).
Laporan berkenaan yang membentangkan impak banjir, kajian kes di sekitar Lembah Klang dan statistik ekonomi sosial di peringkat daerah berkenaan diperoleh berdasarkan survei khas untuk menilai impak banjir yang dijalankan pada 30 Dis lepas sehingga semalam (27 Jan).
DOSM menggunakan kaedah banci secara bersemuka di kawasan terlibat yang menggunakan soal selidik, kaedah pemerhatian dan panggilan telefon selain menggunakan data pentadbiran yang diperoleh daripada pelbagai agensi sebagai kaedah pengumpulan data untuk survei itu.
Negeri yang terkesan adalah Johor, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor, Terengganu, Sabah, Sarawak, dan Kuala Lumpur.
Berdasarkan laporan itu, Selangor merupakan negeri mencatatkan kerugian tertinggi bagi kategori melibatkan tempat kediaman, sektor pembuatan, kenderaan dan premis perniagaan.
Bagi kategori kediaman, Mohd Uzir berkata Selangor mencatatkan kerugian berjumlah RM1 bilion, diikuti Pahang (RM425.6 juta) dan Melaka (RM69.7 juta).
"Daerah catat kerugian tertinggi di Selangor bagi kategori kediaman adalah Petaling (RM258 juta), diikuti Hulu Langat RM253.6 juta dan Klang (RM252.8 juta)," katanya.
Bagi kenderaan, tiga negeri mencatatkan kerugian tertinggi adalah Selangor iaitu sebanyak RM855 juta, Pahang (RM78.2 juta) dan Negeri Sembilan (RM18.3 juta), kata beliau.
"Daerah yang mencatatkan kerugian tertinggi bagi kerosakan kenderaan di negeri Selangor adalah Petaling iaitu RM328.3 juta, diikuti Klang (RM276.9 juta) dan Hulu Langat (RM155.5 juta)," katanya.
Mohd Uzir berkata bagi sektor pembuatan, Selangor merekodkan kerugian sejumlah RM884.5 juta, diikuti Pahang RM5.6 juta dan Negeri Sembilan RM1.2 juta.
"Selangor turut mencatatkan kerugian premis perniagaan berjumlah RM396.4 juta. Pahang merupakan negeri kedua tertinggi dengan kerugian RM83.8 juta dan seterusnya Johor (RM13.8 juta)," katanya.
Beliau berkata kajian-kajian lain yang telah dilaksanakan oleh DOSM di negeri terkesan banjir turut dimuatkan di dalam laporan itu bertujuan membantu pengguna memahami situasi banjir yang melanda negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 28 2022
Banjir yang melanda negara pada penghujung tahun lepas dan awal tahun ini telah mengakibatkan kerugian berjumlah RM6.1 bilion, bersamaan 0.4 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar nominal. - Gambar fail/BERNAMA
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Polis hubungi dua pengurusan tertinggi Selangor FC
Polis mengesahkan telah menghubungi dua pengurusan tertinggi Selangor FC untuk diambil keterangan susulan laporan dibuat sebelum ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Fahmi sangkal dakwaan PKR tidak bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya parti itu tidak turun padang membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan
Astro AWANI lancar jiwa, perkasa inovasi kewartawanan
Sejarah terbaharu dilakar Astro AWANI, apabila berjaya melancarkan JIWA: A Guideline for AI Utilization in Astro AWANI, sebuah garis panduan penggunaan AI dalam pelaporan berita.
Ia sekaligus menjadikan Astro AWANI platform media sulung di Malaysia, untuk menyediakan sebuah garis panduan, dalam pengaplikasian teknologi kecerdasan buatan di dalam dunia.
Ia sekaligus menjadikan Astro AWANI platform media sulung di Malaysia, untuk menyediakan sebuah garis panduan, dalam pengaplikasian teknologi kecerdasan buatan di dalam dunia.
Remaja lelaki menangis didakwa rogol anak saudara tiri
Seorang remaja lelaki menangis teresak-esak selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Gajah atas pertuduhan merogol anak saudara tirinya, Februari lalu.
Malaysia tidak sokong kegiatan, pembiayaan kumpulan pengganas
Malaysia berpendirian teguh tidak menyokong kegiatan kumpulan pengganas serta terus komited untuk membanteras pembiayaan aktiviti keganasan
Pelajar cemerlang didakwa cederakan rakan baik guna asid
Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyebabkan cedera parah terhadap kawan baiknya dengan menggunakan asid.
Kerajaan diharap dapat laksanakan cadangan dasar dan inisiatif dengan lebih jelas dan konsisten - NCCIM
NCCIM berharap agar kerajaan dapat melaksanakan semua dasar dan inisiatif yang dicadangkan dengan lebih jelas, sekata dan konsisten.
PM Anwar lawat Mutang Tagal di IJN
Perdana Menteri hari ini melawat Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal, yang kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara.
Keputusan SPM 2023 diumum 27 Mei ini
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini.
20 ekor anjing terperangkap akibat banjir
Kira-kira 20 ekor anjing terperangkap dalam sebuah bangunan di negeri paling selatan Brazil di Rio Grande do Sul, mendorong sukarelawan penyelamat untuk menyertai menyelamatkan mereka pada Rabu.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Kesemua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.