awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Lapan PPS kekal sedang dibina- TPM

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
05/03/2023
07:49 MYT
Banjir: Lapan PPS kekal sedang dibina- TPM
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media ketika lawatan kerja di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) hari ini. - Foto BERNAMA
ALOR SETAR: Kerajaan sedang membina lapan buah dewan yang akan digunakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) kekal di sekolah-sekolah yang selalu dijadikan sebagai PPS bagi penempatan mangsa-mangsa banjir.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menjelaskan pembinaan kesemua dewan berkenaan adalah bagi memastikan mangsa-mangsa banjir mendapat kemudahan yang mencukupi dan lebih selesa.
Tambah beliau, pembinaan dewan yang akan menggunakan peruntukan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) itu juga boleh digunakan oleh pelajar dan masyarakat di luar musim bencana.
Zahid turut memaklumkan bahawa, kira-kira 1,000 buah sekolah melibatkan beberapa negeri di Semenanjung sering digunakan dan dijadikan sebagai PPS.
Bagaimanapun, jelasnya, proses pembinaan dewan sebagai PPS kekal itu akan dilaksanakan mengikut keutamaan di kawasan-kawasan yang akan dikenal pasti kelak.
"(Pembinaan dewan kekal itu adalah) di negeri dan di sekolah yang dijadikan sebagai PPS, kalau sekolah itu dijadikan sebagai PPS tetapi tandas, tempat mandi tidak ada, dengan adanya dewan (kekal) itu, (akan) ada tandas, ada tempat mandi, jadi mereka yang ditempatkan di situ dapat menggunakannya. 
 "Tetapi (apabila) di luar musim banjir. dewan itu boleh digunakan pelajar atau murid di sekolah itu (bagi tujuan-tujuan lain), ini pendekatan baru yang kita (sedang) lakukan," katanya. 
 Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Lawatan Kerja di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Alor Setar pada Ahad. 
 22 Disember lalu, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa kerajaan bercadang untuk membina pusat pemindahan sementara (PPS) banjir yang bersifat kekal sebagai persediaan untuk menempatkan mangsa-mangsa banjir di kawasan ‘hotspot’ dan kerap berlaku bencana tersebut. 
 Beliau berkata, pelaksanaan itu menyasarkan sekolah-sekolah yang sebelum ini sering dijadikan sebagai PPS.
Topic Berkaitan
#banjir
#Zahid Hamidi
#PPS
#dewan sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan