awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis PN di Perlis tunjukkan parti itu lebih utamakan politik berbanding rakyat
Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup dua hari sempena acara kayuhan
Kes merusuh di Pasar Awam Melor: 12 individu direman empat hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Lapor air paras buku lali dan betis, 'admin' Facebook NADMA mohon maaf

Fareez Azman
Fareez Azman
09/03/2022
06:44 MYT
Banjir: Lapor air paras buku lali dan betis, 'admin' Facebook NADMA mohon maaf
Kejadian banjir kilat di beberapa kawasan ibu negara pada 7 dan 8 Mac lalu memberi kesan kepada peniaga dan penduduk setempat. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kejadian banjir yang berlaku di ibu negara sudah tentu membimbangkan semua pihak terutama penduduk di kawasan terjejas.
Lain pula ceritanya apabila bahasa 'pasar' yang digunakan admin laman sosial Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri ketika melaporkan paras bah di tiga kawasan pada Selasa menerima pelbagai reaksi netizen.
Jelasnya, perkongsian laporan terkini banjir tersebut menggunakan ayat 'air paras buku lali dan betis' itu telah dipadamkan.
"Salam sejahtera sahabat Media Sosial. Merujuk kepada perkongsian situasi trafik ketika banjir petang semalam, Admin ingin memohon maaf jika bahasa 'pasar' untuk ukuran aras air yang dikongsi adalah tidak bersesuaian.
"Ketika perkongsian dibuat, Admin merasakan laporan trafik yang diterima daripada lapangan adalah berguna, mudah difahami dan perlu dimaklum segera kepada awam berdasarkan situasi semasa.
"Admin ingin memohon maaf atas segala kesulitan dan ketidakselesaan serta akan berusaha untuk lebih berhati-hati di masa hadapan dalam perkongsian agar lebih mesra pengguna," jelas Admin Facebook NADMA.
Terdahulu, tangkap layar laporan banjir terbabit tular di laman sosial dan menerima pelbagai pandangan dan kritikan pengguna media sosial.
Topic Berkaitan
#Facebook
#NADMA
#laporan
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan