awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Museveni menang Pilihan Raya Presiden Uganda
PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka tujuh tawaran
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Lelaki diserang buaya di Perak, Perhilitan nasihat orang ramai berwaspada

Bernama
Bernama
03/12/2025
05:00 MYT
Banjir: Lelaki diserang buaya di Perak, Perhilitan nasihat orang ramai berwaspada
Baru-baru ini, media melaporkan seorang lelaki cedera parah di bahagian lutut akibat dibaham buaya dalam kejadian di kawasan kebun di Kampung Sungai Buaya, Teluk Intan pada Sabtu. - Gambar hiasan
IPOH: Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak menasihati orang ramai supaya berhati-hati semasa melakukan aktiviti di sekitar kawasan Sungai Perak berikutan insiden seorang lelaki diserang buaya di Kampung Sungai Buaya dekat Teluk Intan, Sabtu lepas.

Ringkasan AI
  • Perhilitan Perak menasihati orang ramai berhati-hati semasa beraktiviti di kawasan Sungai Perak berikutan insiden lelaki diserang buaya di Kampung Sungai Buaya, Teluk Intan.
  • Pengarah Perhilitan Perak memaklumkan larangan meranduk sungai atau menangkap ikan secara bersendirian di kawasan tersebut untuk keselamatan.
  • Insiden lelaki cedera parah selepas dibaham buaya di Kampung Sungai Buaya disebabkan limpahan tali air berdekatan susulan banjir yang melanda kawasan itu.

Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata orang ramai, khususnya nelayan tidak dibenarkan meranduk sungai atau melakukan aktiviti penangkapan ikan secara bersendirian semasa berada di sekitar kawasan itu.
"Pihak Perhilitan Perak melakukan pemantauan di sekitar kawasan Sungai Perak dan telah memasang papan tanda amaran ancaman buaya bagi mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati kerana sudah tentu tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Baru-baru ini, media melaporkan seorang lelaki cedera parah di bahagian lutut akibat dibaham buaya dalam kejadian di kawasan kebun di Kampung Sungai Buaya, Teluk Intan pada Sabtu.
Yusoff dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan pada 6.30 petang dan mangsa yang cedera kemudiannya dirawat di Hospital Teluk Intan.
Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemunculan buaya yang menyerang lelaki itu datang daripada limpahan tali air berdekatan susulan banjir yang melanda kawasan sekitar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes serangan buaya
#sungai perak
#Teluk Intan
#banjir 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan