awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: LHDN beri pengangguhan bayaran cukai kepada mangsa

Bernama
Bernama
28/12/2021
07:46 MYT
Banjir: LHDN beri pengangguhan bayaran cukai kepada mangsa
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi penangguhan bayaran cukai terhadap pembayar cukai dan majikan yang terjejas akibat bencana banjir.
KUALA LUMPUR: Atas dasar prihatin, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi penangguhan bayaran cukai terhadap pembayar cukai dan majikan yang terjejas akibat bencana banjir.
Dalam kenyataan hari ini, LHDN memaklumkan, susulan penangguhan itu, tarikh akhir bayaran Anggaran Cukai Kena Dibayar (CP204) bagi Disember ini dilanjutkan sehingga 31 Januari depan, manakala bayaran ansuran siasatan, audit, pungutan, guaman sivil bagi Januari depan ditangguhkan sehingga Februari.
Menurutnya, tarikh akhir bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) atau CP38 pekerja bagi bulan saraan Disember ini pula dilanjutkan untuk diremit hingga 31 Jan depan berserta bayaran baki cukai dibenarkan penangguhan sehingga ke suatu tempoh yang dimohon oleh pembayar cukai.
Sementara itu, pembayar cukai dan majikan yang terjejas perlu mengemukakan permohonan penangguhan bayaran itu melalui e-mel dan borang maklum balas yang boleh dicapai di portal rasmi LHDN dengan disertakan dokumen sokongan.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada LHDN melalui talian 'Live Chat' dan borang maklum balas di portal rasmi. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#pengangguhan bayaran cukai
#LHDN
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan