Sejumlah 548 murid sekolah rendah di Miri dan Bintulu tidak dapat meneruskan sesi persekolahan pada hari ini kerana masalah banjir.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dari Angkatan Pertahanan Awam (APM), Mejar Ismail Mahedin berkata, setakat pukul 2 petang ini lima buah sekolah yang ditutup ialah dua di Miri dan tiga di Bintulu.
"Sekolah-sekolah di Miri yang ditutup ialah SK Rumah Ranggong, Subis dan SK Long Sobeng, Baram," katanya hari ini.
Beliau berkata, tiga buah sekolah yang ditutup di Bintulu ialah SK Kuala Sigu, SK Genaan dan SK Bukit Balai.
Dalam perkembangan berkaitan,beliau berkata, pusat pemindahan mangsa banjir di Dewan Suarah Marudi ditutup berikutan keadaan banjir pulih pada tengah hari ini.
Beliau berkata, pusat pemindahan mangsa banjir yang menempatkan 11 mangsa dari enam keluarga dari Rumah Panjang Lansam, Sungai Dabai daerah Marudi ditutup pada pukul 12.30 tengah hari ini.
Pusat pemindahan banjir bagi daerah ini dibuka pada pukul 10.54 malam tadi.
Beliau berkata, bagi perkembangan terkini paras Sungai Kemena ianya masih melepasi paras bahaya 9.00 meter setakat pukul 12 tengah hari dengan paras air mencatat ketinggian 10.85 meter
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 23 2017
Sejumlah 548 murid sekolah rendah di Miri dan Bintulu tidak dapat meneruskan sesi persekolahan pada hari ini kerana masalah banjir. - Gambar fail
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Banjir: Orang ramai diingatkan jangan sebar ramalan cuaca tidak tepat - APM
Aanggota dan aset APM siap siaga hadapi episod ketiga luruan monsun yang mengakibatkan hujan berterusan bermula minggu depan di timur Semenanjung.
Orang ramai disaran salur bantuan banjir menerusi APM di Pahang
Badan bukan kerajaan, syarikat swasta dan orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri Pahang diminta berbuat demikian menerusi APM bagi tujuan penyelarasan.
Banjir: Lebih 90 pelajar di Kuala Krai seberang sungai guna bot APM, polis
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu 95 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh menyeberang Sungai Kuala Nal untuk pulang ke rumah masing-masing hari ini.
MTL: APM tugaskan 900 keanggotaan di seluruh Kelantan
Sebanyak 900 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan akan ditugaskan sepanjang musim Monsun Timur Laut di negeri ini.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
APM tangkap buaya lebih 300kg di Sandakan
Haiwan liar berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut.
Orang ramai dinasihatkan peka perubahan cuaca - APM
Orang ramai dinasihatkan supaya lebih peka dengan perubahan cuaca yang menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan khususnya Kuala Lumpur selain banjir di beberapa negeri di seluruh negara.
Mahu pukat ikan, tertangkap buaya
Seekor buaya tembaga ditemukan tersangkut bersama tangkapan yang lain dalam pukat milik nelayan di Bagan Ikan, Bagan Datuk dekat sini pagi tadi.
Hampir semua 'hotspot' banjir di Kedah dinaiki air - APM
Hampir kesemua 114 lokasi 'hospot' banjir di Kedah dinaiki air dalam kejadian bencana itu yang melanda negeri ini sejak Sabtu lepas.
Mangsa banjir di Kedah menurun kepada 139 orang petang ini
Kesemua mangsa dari daerah Kubang Pasu dan Padang Terap ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).