KUALA LUMPUR:Keadaan banjir di Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak bertambah buruk pagi ini berikutan hujan lebat yang masih berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri terlibat terus meningkat.
Bagaimanapun, keadaan banjir di Johor dan Sabah beransur pulih dengan jumlah mangsa terus berkurangan di PPS.
Di PAHANG jumlah mangsa banjir terus meningkat melibatkan 24,257 mangsa yang ditempatkan di 281 pusat pemindahan di sembilan daerah negeri ini.
Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan daerah Temerloh mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 5,764 diikuti Maran (5,275), Kuantan (3,461), Lipis (2,551), Jerantut (2,455), Raub (2,182), Rompin (986), Pekan (859) dan Bera (724).
Portal berkenaan turut memaklumkan Sungai Pahang di daerah Bera, Maran, Pekan, Jerantut,Temerloh dan Kuantan sudah telah melepasi tahap bahaya.
Sementara itu, pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT) ANIH Berhad menerusi laman Twitter memaklumkan laluan KM113 dan KM115 di Lanchang masih ditutup di kedua-dua hala susulan kenaikan air.
Turut ditutup laluan di KM84 persimpangan Lanchang ke persimpangan Karak menghala Kuantan.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di lima jajahan negeri ini menunjukkan peningkatan ketara apabila 4,829 mangsa ditempatkan di 64 PPS, berbanding 2,142 mangsa petang semalam.
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jajahan Jeli kekal merekodkan bilangan penduduk yang terjejas teruk iaitu 1,688 mangsa, manakala Kuala Krai (1,455), Gua Musang (775 mangsa), Pasir Mas (469) dan Tanah Merah (442).
Sementara itu, menurut infobanjir.water.gov.my, enam batang sungai di negeri ini merekodkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai 36.46 meter (m) (bahaya 35.00 m), Sungai Kelantan di Kuala Krai 28.60 m (bahaya 25.00 m) dan Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah 18.17 m (bahaya 16.00 m).
Selain itu, Sungai Golok di Jenob 23.67 m (bahaya 23.50 m), Sungai Golok di Rantau Panjang 10.63 m (bahaya 9.00 m) dan Sungai Galas di Dabong 40.96 m (bahaya 38.00 m).
Di TERENGGANU, Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Lt Kol (PA) Che Adam A Rahman memaklumkan jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 5,243 mangsa setakat 8 pagi ini berbanding 910 mangsa pada 3 petang semalam.
Menurutnya, ketika ini terdapat 39 PPS beroperasi dengan daerah paling teruk terjejas ialah Kemaman melibatkan seramai 4,074 mangsa diikuti Dungun (849), Hulu Terengganu (219), Besut (94) dan Setiu (tujuh).
Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan stesen bacaan tujuh sungai di lima daerah telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Kemaman di Air Putih setinggi 14.32 m (paras bahaya 14 m) dan Sungai Tebak di Kampung Tebak setinggi 19.6 m (paras bahaya 18.5 m).
Sementara itu, di Hulu Terengganu, dua sungai terlibat ialah Sungai Telemong di Kuala Ping setinggi 20.6m (paras bahaya 19.7 m) dan Sungai Berang di Menerong setinggi 25.12 m (paras bahaya 24.5 m).
Tiga lagi sungai ialah Sungai Besut di Jambatan Keruak setinggi 36.63 m (paras bahaya 35 m), Sungai Dungun di Pasir Raja setinggi 37.82 m (paras bahaya 37.5 m) dan Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu setinggi 21.21 m (paras bahaya 21 m).
Di PERAK, daerah Hulu Perak menjadi daerah terbaharu terjejas banjir apabila sebuah PPS dibuka menempatkan 16 mangsa banjir, menjadikan jumlah mangsa banjir di negeri ini seramai 450 mangsa membabitkan tiga daerah yang ditempatkan di lima PPS.
Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, daerah Hilir Perak masih menempatkan mangsa paling ramai iaitu 409 mangsa, Kampar (25) manakala banjir di Muallim pulih sepenuhnya selepas sebuah lagi PPS ditutup semalam.
Sementara di JOHOR, jumlah mangsa banjir melibatkan enam daerah terus berkurangan kepada 2,313 mangsa, berikutan enam lagi PPS ditutup sekali gus menjadikan hanya 20 PPS masih beroperasi ketika ini dengan Kota Tinggi masih mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 1,110.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan dalam kenyataan juga memaklumkan Jalan Mawai Lama, Kota Tinggi dan Jalan Haji Suhud di Johor Bahru masih ditutup sepenuhnya untuk semua kenderaan.
Di SABAH Angkatan Pertahanan Awam menerusi kenyataan memaklumkan, banjir di daerah Beaufort mula surut, namun mangsa banjir kekal 34 mangsa pagi ini ditempatkan di PPS Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 07 2021
Seorang penternak kerbau berusaha menyelamatkan ternakannya selepas kandang haiwan berkenaan ditenggelami banjir berikutan hujan lebat ketika tinjauan di Kampung Belimbing, Jongok Batu, Dungun, 6 Jan, 2021. --fotoBERNAMA
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Inspirasi bermakna daripada Forum Umrah & Ziarah 2024
Usaha meningkatkan kapasiti Mekah dan Madinah bagi membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan umrah kini menjadi fokus utama kerajaan Arab Saudi.
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
Kerajaan kekal komited laksana dwirangkaian 5G, DNB penuhi syarat terdahulu - Gobind
Kerajaan semakin hampir untuk melaksanakan dwirangkaian 5G selepas pengumuman Ahli Lembaga Pengarah baharu Digital Nasional Bhd (DNB).
Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta
Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.
Break The Siege: Misi flotila ke Gaza belayar esok
Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza yang dijadualkan esok.
#AWANI745
#AWANI745
Peruntukan Pembangkang: Terpulang untuk Muhyiddin kata apa - TPM Fadillah
Terpulang kepada pihak pembangkang untuk mempersoalkan keikhlasan Kerajaan berhubung draf perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Kerajaan memberi jaminan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat, sebagai antara yang terbaik pernah diperkenalkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).