Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini menyeru semua pihak agar menganjurkan solat hajat dan bermunajat di seluruh masjid dan surau di negeri tersebut memohon supaya dilinungi dari musibah banjir.
Ahmad berkata guru-guru pondok dan pihak yang berwajib dapat mengetuai masyarakat bagi memudahkan urusan solat hajat dilaksanakan.
Katanya, banjir yang melanda Kelantan masih lagi tidak menunjukkan petanda akan surut bahkan keadaan semkain mencemaskan.
"Musibah banjir ini adalah ujian Allah kepada kita semua yang telah ditetapkan bagi menguji keimanan dan kesabaran hamba-Nya.
"Saya menyeru semua pihak kepimpinan dan rakyat khususnya pihak yang berwajib agar menganjurkan solat hajat dan bermunajat di seluruh masjid dan surau di seluruh Kelantan bermula hari ini bagi memohon kepada Allah agar dilindungi rakyat negeri Kelantan khasnya dan Malaysia amnya daripada segala musibah banjir yang tidak mampu dihadapi oleh kudrat manusiawi," katanya dalam satu kenyataan media.
Ahmad berkata, pihaknya telah mengarahkan semua jabatan-jabatan negeri dan persekutuan agar turun membantu mangsa-mangsa banjir disemua lokasi pemindahan.
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan kepada mangsa bajir di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Banjir yang melanda Kelantan dilaporkan semakin buruk dimana jumlah mangsa di lapan jajahan meningkat daripada 16,081 mangsa malam tadi kepada 20,468 orang pagi ini dengan jumlah pusat pemindahan bertambah daripada 60 buah kepada 70 buah, menurut portal banjir kerajaan negeri.
Bernama melaporkan, peningkatan mangsa banjir adalah berikutan hujan lebat yang berterusan semalam di jajahan Gua Musang yang menyebabkan paras air sungai meningkat dan membanjiri termasuk di bandar Gua Musang.
Di Gua Musang, jumlah mangsa semakin meningkat iaitu 3,692 orang berbanding 179 orang malam tadi yang kesemuanya ditempatkan di 10 buah pusat pemindahan.
Di Jajahan Pasir Mas, jumlah mangsa sedikit menurun iaitu seramai 10,565 orang berbanding 10,575 orang malam tadi yang kini ditempatkan di 31 buah pusat, dan di Tumpat, jumlah mangsa terus kekal 3,956 orang yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.
Jumlah mangsa yang dipindahkan di Kuala Krai meningkat kepada 1,328 orang berbanding 495 orang yang ditempatkan di 14 pusat, di Pasir Puteh (556 orang/empat pusat pemindahan), Tanah Merah (141 orang/dua pusat pemindahan), Machang (19 orang/satu pusat pemindahan) dan Jeli, (211/satu pusat pemindahan).
Bacaan paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang masih pada paras bahaya, empat bacaan di tiga sungai utama lain kembali meningkat melepasi paras bahaya.
Sungai Galas di Dabong, Gua Musang kini pada bacaan 41.59 meter melepasi paras bahaya 38 meter, Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai 39.83 meter (bahaya 35 meter), Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai 28.83 meter (bahaya 25 meter) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah 17.71 meter (bahaya 16.00 meter).
Sungai Golok di Rantau Panjang pada paras 10.35 meter (bahaya 9 meter).
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman berkata penduduk yang tinggal di pesisir pantai diminta berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan terdapat laporan berlakunya ombak besar.
Astro Awani
Tue Dec 23 2014
AHMAD: Musibah banjir ini adalah ujian Allah.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Dunia kehilangan pemimpin disegani - Ismail Sabri
Dunia berduka apabila kehilangan pemimpin pejuang Hamas, Ismail Haniyeh pada awal pagi Rabu.
Menteri Besar Kelantan angkat sumpah petang Selasa
Calon Menteri Besar Kelantan akan mengangkat sumpah di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada jam 3 petang Selasa.
PRN: Pas gagal rampas DUN Galas, Kota Lama satu kejutan - Ahmad
Pas akan melakukan pascanilai atau post mortem bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).
Menteri Besar Kelantan baharu dijangka angkat sumpah 15 Ogos - Ahmad Yakob
Menteri Besar Kelantan yang baharu dijangka mengangkat sumpah pada Selasa (15 Ogos), kata Datuk Ahmad Yakob.
PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan
Ahmad berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada tahun ini.
Kelantan umum Ahad cuti peristiwa
Pengisytiharan itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan, serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya.
Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan
Gabungan kepimpinan itu merangkumi seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.
PRN: Tiada bayangan siapa akan jadi Menteri Besar Kelantan - Ahmad Yakob
PAS Kelantan setakat ini menegaskan tiada bayangan calon yang akan menjadi Menteri Besar negeri itu, sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan selesai.
Isu Nik Abduh selesai - Ahmad Yakob
Ahmad memberitahu, isu berkenaan sudah selesai dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
PN Kelantan perkenal 18 manifesto
Ahmad berkata, manifesto berkenaan akan dikenali sebagai program kerana dianggap sesuai dengan perubahan masa.