awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan

Astro Awani
Astro Awani
11/08/2023
05:25 MYT
Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan
Kelantan ketika ini dipimpin oleh dua agamawan iaitu Datuk Ahmad Yakob sebagai Menteri Besar manakala Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebagai Timbalan Menteri Besar. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Pas menawarkan gabungan kepimpinan baharu Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung esok.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata gabungan kepimpinan itu merangkumi seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.
"Bagi gabungan jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan yang akan ditawarkan selepas PRN nanti, tidak dinamakan bagi menghormati mandat rakyat dan juga menghormati kuasa mutlak Sultan Kelantan dalam hal pelantikan Menteri Besar Kelantan dan Timbalan Menteri Besar Kelantan," katanya dalam video pengumuman khas yang disiarkan di laman Facebook Pas.
Bagaimanapun, kata Takiyuddin, Menteri Besar Terengganu dan Kedah akan dikekalkan tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan bagi kedua-dua negeri tersebut.
Ujar beliau, keputusan itu dicapai hasil Mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas Pusat pada 10 Ogos 2023 di Rusila, Terengganu, yang dipengerusikan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Kelantan ketika ini dipimpin oleh dua agamawan iaitu Datuk Ahmad Yakob sebagai Menteri Besar manakala Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebagai Timbalan Menteri Besar.
Topic Berkaitan
#pilihan raya negeri
#Abdul Hadi Awang
#Ahmad Yakob
#Mohd Amar Nik Abdullah
#Menteri Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan