awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir memburuk, tiga PPS diaktifkan di Kedah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
27/10/2022
01:20 MYT
Banjir memburuk, tiga PPS diaktifkan di Kedah
Hujan lebat selama hampir lima jam malam tadi menyebabkan paras air mencecah 0.5 meter hingga satu meter yang memasuki kediaman penduduk. - Astro AWANI
KUBANG PASU: Satu pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah diaktikan di daerah Kubang Pasu di Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai melibatkan mangsa seramai 88 orang daripada 27 keluarga.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, PPS itu dibuka pada jam 10.30 malam selepas rumah penduduk di Kampung Telok, Kampung Bendang Dalam dan Kampung Tanjung di Mukim Binjai dinaiki air.
"Kesemua mangsa terdiri daripada 17 lelaki dewasa, 24 wanita dewasa, 9 kanak-kanak lelaki, enam kanak-kanak perempuan, lelaki warga emas (5), wanita warga emas (4) dan bayi perempuan (1)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Roshidi Kassim memaklumkan, dua PPS dibuka di daerah itu iaitu di SK Perik dan SK Tualak menempatkan seramai 33 mangsa daripada lapan keluarga manakala PPS SK Trolak menempatkan seramai 43 mangsa daripada 15 keluarga.
Seramai 164 orang mangsa daripada 50 keluarga dipindahkan ke PPS di dua daerah di Kedah sehingga jam 6 pagi tadi. - Foto APM
Seramai 164 orang mangsa daripada 50 keluarga dipindahkan ke PPS di dua daerah di Kedah sehingga jam 6 pagi tadi. - Foto APM
"Hujan dalam skala lebat turun hampir lima jam bermula jam 5.30 petang hingga 10 malam tadi menyebabkan paras air mencecah 0.5 meter hingga satu meter yang memasuki kediaman penduduk.
"Setakat ini paras air Sungai Janing menunjukkan paras melebihi tahap amaran manakala sungai lain dalam keadaan normal namun langkah waspada terpaksa diambil berikutan air laut pasang dan dibimbangi berlaku perembungan air,” katanya.
Justeru Roshidi mengingatkan penduduk yang tinggal di sepanjang kawasan berhampiran sungai supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan memindahkan barangan penting ke tempat lebih tunggi dan selamat.
Mengikut rekod daripada pejabat APM negeri seramai 164 orang mangsa daripada 50 keluarga dipindahkan ke PPS di dua daerah di Kedah sehingga jam 6 pagi tadi.
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#Roshidi Kassim
#melebihi tahap amaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan