KUANTAN: Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini terus meningkat kepada 286 orang setakat jam 9 pagi ini berbanding 97 orang yang direkodkan jam 8 malam tadi.
Menerusi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah terkini mangsa yang berada di empat pusat pemindahan sementara (PPS) itu melibatkan 84 keluarga dari daerah Rompin.
"PPS Balai Raya Bandar Perwira Jaya yang dibuka sejak Selasa lalu menempatkan tujuh mangsa daripada dua keluarga.
"Sementara PPS Bukit Setajam (117 mangsa), Balai Raya Bukit Lepas (40 mangsa), dan Balai Raya Rekoh yang baharu dibuka pula menempatkan seramai 122 mangsa," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Antara mangsa terlibat termasuk lapan bayi dan dua orang kurang upaya, manakala 32 lagi adalah warga emas.
Sementara itu, menerusi laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong di Rompin merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya iaitu 24.80 meter.
Sebanyak lima sungai merekodkan bacaan melepasi paras waspada iaitu Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan dan Sungai Cherating di Cherating.
Selain itu Sungai Pahang di Lubok Paku, Maran dan Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera.
Norfarhiza Mohd Atar
Thu Jan 26 2023

Anggota APM membantu membawa bekalan keperluan untuk mangsa banjir di daerah Rompin. -APM

Vaksin COVID-19: Australia lancar dos penggalak kelima
Keputusan itu memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin.

Jiwa SME | Bertam Nursery jual anak pokok, khidmat nasihat dalam talian
Lima tahun lalu, perniagaan anak pokok hiasan atau nurseri oleh Ahmad Zaidi Abu Bakar agak suram dan ketika itu dia hanya menunggu pelanggan datang ke kedai untuk membuat belian. Selepas membuat sedikit kajian, Ahmad Zaidi, 42, mendapati perniagaan nurseri sebenarnya berpotensi berikutan wujudnya taman perumahan baru selain agensi yang memerlukan nasihat mengenai cara penjagaan pokok dan lanskap.

AWANI Ringkas: Malaysia rancang buka hospital lapangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

H5N1 | Risiko kepada manusia rendah, tapi perlu bersedia - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan, penyebaran virus influenza H5N1 atau selesema burung kepada haiwan mamalia perlu dipantau. Namun Agensi Kesihatan PBB itu berkata, risiko penyebaran selesema burung kepada manusia kekal rendah setakat ini.

Selesema burung: Risiko kepada manusia rendah, tapi perlu bersedia - WHO
Terdapat laporan baru-baru ini mengenai jangkitan kepada cerpelai, memerang dan anjing laut.

Kemalangan | 14 maut di Mexico, kebanyakkan dipercayai migran
Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam satu insiden kemalangan membabitkan sebuah trak pikap yang terbalik dan tenggelam dalam sebatang terusan di utara Mexico. Pihak berkuasa tempatan dilaporkan sudah menemui kesemua mayat yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Vaksin COVID-19 | Australia lancar dos penggalak kelima
Australia akan melancarkan dos kelima vaksin COVID-19 akhir bulan ini kepada semua warganegaranya yang berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira status vaksinasi. Menurut Menteri Kesihatannya, Mark Butler, keputusan itu memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin khusus varian Omicron mulai 20 Februari.

Belon Pengintip | AS akan kongsi maklumat dengan puluhan negara dunia
Amerika Syarikat akan berkongsi maklumat yang diperolehi mengenai belon pengintip China dengan puluhan negara di seluruh dunia. Menurut Setiausaha Negaranya, Anthony Blinken beliau telah berbincang dengan Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg mengenai cabaran sistemik dan taktikal yang diberikan China kepada perikatan tentera itu.

Gempa Turkiye-Syria | Terperangkap 50 jam, hilang semua ahli keluarga
Hospital di Syria berdepan peningkatan jumlah kemasukan pesakit kanak-kanak. Sebahagian besarnya ditarik keluar daripada runtuhan akibat gempa bumi yang melanda tenggara Turkiye dan utara Syria, pada Isnin.

Gempa Turkiye-Syria | AS beri sokongan penuh untuk bantu Turkiye
Presiden Joe Biden komited untuk membantu Turkiye dan Syria pasca gempa yang melanda dua negara terbabit. Menurut Biden, komitmen itu sudah dinyatakan kepada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.

Penyelidik New Zealand hasilkan kajian terbaru mengenai bahaya banjir glasier
Tasik ini bahaya bagi mereka yang tinggal di hilir kerana banjir boleh berlaku secara tiba-tiba akibat kegagalan empangan semula jadi.

PPS terakhir di Terengganu ditutup, mangsa banjir di Pahang menurun
Banjir di Terengganu telah pulih sepenuhnya, jumlah mangsa banjir di Pahang terus menurun manakala Kedah dan Johor tidak berubah setakat 8 malam ini.

Mangsa banjir di Pahang turun mendadak, hanya 232 berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Pahang menurun dengan drastik iaitu daripada 2,797 orang kepada 232 orang hari ini.

Banjir: Mangsa di Pahang, Kedah menurun, Johor dan Terengganu kekal
Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Kedah semakin berkurangan pagi ini berbanding malam tadi manakala Johor dan Terengganu kekal.

Banjir Pahang: 2,797 mangsa masih di 20 PPS di Kuantan, Pekan
Sebanyak enam batang sungai masih merekodkan paras amaran dalam keadaan tren menaik.

Banjir: Jumlah mangsa di 4 negeri berkurangan
Jumlah mangsa banjir di Pahang, Johor, Kedah dan Terengganu semakin berkurangan dengan 3,662 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) pada malam ini.

Pahang catat jumlah mangsa banjir tertinggi petang ini
Bilangan mangsa banjir di negeri Pahang terus meningkat manakala Johor semakin berkurangan sementara Kedah dan Terengganu kekal setakat petang ini.

Banjir Kelantan: Kerosakan infrastruktur RM172.3 juta - MB
Beberapa siri banjir akibat Monsun Timur Laut (MTL) yang berlaku di Kelantan sejak 2021 hingga tahun ini telah mengakibatkan kerosakan kemudahan infrastruktur berjumlah RM172.3 juta.

8 maut, 5 hilang dalam kejadian banjir lumpur di Peru
Komuniti perlombongan di Miski dan San Martin terkejut dengan kejadian tanah runtuh itu.

Banjir Pahang: 5,015 dipindahkan ke 28 PPS di Kuantan, Pekan
Pada pukul 12 tengah malam Isnin, hanya 21 PPS dibuka di daerah Kuantan dan Pekan, iaitu seramai 3,997 orang daripada 1,166 buah keluarga.