awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Pahang: Mayat dua beranak dipercayai lemas ditemui di padang bola

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
23/12/2021
04:45 MYT
Banjir Pahang: Mayat dua beranak dipercayai lemas ditemui di padang bola
Mayat kedua-dua mangsa yang lemas ketika meredah air di kawasan padang bola, berhampiran Bangunan UMNO, Mentakab, ditemui pagi ini. - Foto JBPM Pahang
KUANTAN: Mayat dua beranak yang dipercayai lemas ketika meredah air di kawasan padang bola berhampiran Bangunan UMNO di Mentakab, ditemui pagi ini.
Dalam penemuan pertama, Musa Ahmad, 53 tahun, ditemui pada jarak 100 meter dari lokasi kejadian sekitar jam 10 pagi.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani, mangsa ditemui pasukan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM Bukit Angin, Temerloh dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, mayat anaknya, Mohamad Aireel Zikree, 10 tahun, ditemui di lokasi sama kira-kira dua jam kemudian.
"Menurut komander operasi, mayat mangsa kedua, seorang kanak-kanak lelaki telah dijumpai di lokasi yang sama pada jam 11.50 pagi.
Foto JBPM Pahang
Foto JBPM Pahang
"Operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas telah ditutup pada jam 12.30 tengah hari," kata Ismail.
Dalam kejadian pada Selasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak dihanyutkan arus ketika cuba meredah air di kawasan padang bola di Mentakab.
BACA: Dua termasuk seorang kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas redah air di padang bola
Menurut kenyataan JBPM Pahang, operasi pencarian dilakukan dengan menggunakan bot aluminium oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab dan Bukit Angin.
Kawasan pencarian dianggarkan sejauh 1 km dari lokasi kejadian. Kawasan yang terlibat berarus deras.
Foto JBPM Pahang
Foto JBPM Pahang
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#mayat
#padang bola
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan