SHAH ALAM: Seorang pemilik sebuah sekolah memandu di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini hanya mampu melihat kawasan yang diusahakannya hampir 23 tahun rosak sepenuhnya akibat banjir 18 Dis lepas.
Pengerusi dan pemilik Manducekap Hi-Tec Sdn Bhd E. Vennarajan berkata dia menganggarkan kos membaiki fasiliti, peralatan elektrik dan kenderaan di sekolah memandu yang beroperasi semula sejak Sept lepas itu mencecah RM350,000.
"Pelbagai barangan musnah sepenuhnya termasuk peralatan pejabat, buku Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) untuk pelajar, lesen L dan P pelajar ada yang rosak serta bertaburan malah kami tidak dapat kumpulkan khususnya untuk diagihkan kepada pelajar pada 20 Dis.
"Sebanyak 50 kereta, 33 motosikal termasuk tiga motosikal berkuasa tinggi, dua lori Hino kesemuanya untuk kegunaan latihan pelajar tidak dapat dialihkan sebelum kejadian sebab kawasan luar sudah dinaiki air. Kami terkepung dan pada masa itu saya hanya merelakan apa yang terjadi," katanya kepada Bernama di sini pada Selasa.
Vennarajan berkata kawasan sekolah memandu itu jarang dinaiki air walaupun berlaku kejadian banjir kilat sebelum ini kerana kedudukannya lebih tinggi daripada kawasan lain di perumahan itu.
"Banjir kali ini, air naik mencecah 1.6 meter dan bertahan hingga tiga hari. Tiada siapa sangka sebab dalam sejarah sekolah memandu ini ditubuhkan, tidak pernah berlaku banjir sebegini.
"Kami akan berusaha sedaya mungkin bagi membolehkan sekolah ini beroperasi semula pada 12 Jan," katanya.
Ditanya sama ada sekolah memandu itu akan dipindahkan ke kawasan lebih selamat, Vennarajan berkata hal itu terlintas di fikirannya ekoran kerugian besar yang dialami.
"Saya ada terfikir mengenainya (pindah) tetapi orang ramai khususnya di Shah Alam sudah kenal tempat ini.
"Bila sudah berlaku banjir, saya ada perancangan untuk meninggikan kawasan pejabat urusan sekolah atau mana-mana tempat yang mungkin boleh mengurangkan kesan risiko banjir selepas ini," katanya.
Beliau berkata Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor akan membantu menyelesaikan urusan buku KPP dan lesen memandu pelajar yang rosak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 04 2022
Vennarajan memantau kenderaan yang telah dicuci untuk digunakan bagi ujian memandu selepas ditenggelami air susulan kejadian banjir pada 18 Dis lepas. - Foto BERNAMA
Niaga AWANI: Harga bahan api: Mekanisme sesuai dilaksana, dorong guna tenaga lebih cekap
Bagi menyambut usaha tindakan perubahan iklim global, Malaysia menyasarkan untuk mencapai keseimbangan melalui pelaksanaan mekanisme penetapan harga bahan api yang bersesuaian dalam mendorong kepada penggunaan tenaga yang lebih cekap dan peralihan kepada RE; tetapi pada masa yang sama mengambil kira impak sosioekonomi terhadap rakyatnya.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Kuda lumba dikesan cuba 'curi-curi' naik kereta api
Haiwan itu dilihat muncul di stesen Warwick Farm di NSW dan berlari menuju ke garisan kuning platform seperti menunggu ketibaan kereta api.
Bajir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
AWANI Pagi: Jom derma darah, jalankan tanggungjawab sosial anda
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham membincangkan mengenai kepentingan menderma darah khususnya untuk membantu mereka yang alami masalah darah disebabkan keturunan atau menghidapi kanser darah. Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara KKM, Dr Tun Maizura Mohd Fathullah mengajak masyarakat di luar sana tampil menyahut seruan murni ini.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Situasi terkini letusan Gunung Ruang di Sulawesi
Untuk berkongsi perkembangan terkini letusan Gunung Berapi Ruang, di talian secara Google Meet ialah Feri Ariyanto, komunikasi badan nasional pencarian dan pertolongan (Basarnas) Manado Sulawesi.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Bajir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Banjir Dubai: Lapangan Terbang Antarabangsa 'lumpuh' 25 minit, 45 penerbangan dibatalkan
Ribut luar biasa menyebabkan operasi di DXB tergendala selama 25 minit dengan 21 penerbangan keluar dan 24 penerbangan masuk dibatalkan.
Satu PPS di Alor Gajah dibuka, tempatkan 51 mangsa banjir
Mangsa terdiri daripada 13 keluarga dari sembilan kampung di daerah Alor Gajah, ditempatkan di Balai Raya Balik Balai.
Pusat khidmat bantuan Sungai Buloh diarah bantu mangsa terjejas banjir - Ramanan
Sebaik mendapat maklumat berkaitan kejadian itu, Ramanan segera membuat lawatan serta meninjau keadaan semasa di kawasan terjejas.
Beberapa kawasan di Seremban, Rembau dilanda banjir kilat
Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara dibuka bagi menempatkan mangsa terjejas.