awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Penyelarasan kesemua badan sukarelawan, elak bantuan bertindih - TPM

Hilmi Malik
Hilmi Malik
22/12/2022
11:09 MYT
Banjir: Penyelarasan kesemua badan sukarelawan, elak bantuan bertindih - TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media selepas mendengar taklimat banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Jelor hari ini. - Foto BERNAMA
PASIR PUTEH: Kerajaan akan memastikan kesemua badan sukarelawan diselaraskan sebagai langkah untuk mengelakkan berlakunya pertindihan bantuan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan dibuat di seluruh negara.
"Jawatan Kuasa Bencana Pusat buat pertama kalinya tahun ini telah putuskan agar penyelarasan penyelerasan dilakukan terhadap semua badan sukarela.
"Ini agar tidak berlaku kekurangan terutamanya dari segi ketidakcukupan kakitangan JKM dan juga bantuan supaya tidak berlaku pertindihan atau berlaku kekurangan di kawasan-kawasan tertentu.
"Semua bantuan ini akan diselaraskan di peringkat pusat, negeri, daerah, dan juga semua PPS," katanya ketika sidang media di Sekolah Kebangsaan (SK) Jelor pada Khamis.
Ahmad Zahid turut memaklumkan, sebanyak tiga treler dari Kuala Lumpur sedang melakukan agihan melibatkan daerah di Besut, Dungun, Kemaman, dan daerah lain di Terengganu.
Menurutnya, setiap daripada treler berkenaan membawa bantuan bernilai kira-kira RM60,000.
Beliau dalam masa sama mengingatkan kesemua agensi agar bersiap sedia sekiranya berlaku bencana banjir gelombang ketiga.
"Jika ditakdirkan gelombang ketiga berlaku, maka langkah-langkah kesiapsiagaan mesti mengikut SOP yang telah ditentukan oleh Nadma atas nasihat MetMalaysia.
"Pemindahan mesti dilakukan tiga hari sebelum ramalan cuaca atas yang berada di tahap luar biasa.
"Ini bagi mengelakkan kehilangan nyawa kerosakan harta benda yang berlebihan dan kehilangan dokumen-dokumen penting," ujarnya lagi.
Pantau Kerajaan Baharu di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#banjir
#sukarelawan
#Zahid Hamidi
#Timbalan Perdana Menteri
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan