awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Perak: Penduduk kawasan berisiko diingatkan segera berpindah

Bernama
Bernama
24/10/2025
02:35 MYT
Banjir Perak: Penduduk kawasan berisiko diingatkan segera berpindah
Salbiah berkata pasukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama agensi penyelamat telah bersiap siaga sepenuhnya di lapangan bagi menghadapi bencana itu. - Foto Facebook/Salbiah Mohamed
IPOH: Penduduk di kawasan berisiko banjir diingatkan agar tidak menunggu saat akhir untuk berpindah, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak Datuk Salbiah Mohamed.
Beliau berkata keselamatan nyawa diri dan keluarga perlu menjadi keutamaan dan mereka yang berkenaan diseru membuat persediaan awal.
"Sekiranya diarahkan berpindah, segeralah ke pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat," katanya dalam hantaran di Facebook pagi ini.
Salbiah berkata pasukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama agensi penyelamat telah bersiap siaga sepenuhnya di lapangan bagi menghadapi bencana itu.
Beliau berkata persediaan rapi dibuat termasuk menyediakan tempat perlindungan yang selamat dan selesa, makanan, minuman dan keperluan asas bagi setiap mangsa selain sokongan psikososial kepada keluarga yang terkesan serta menyelaras sumbangan dan sukarelawan agar bantuan sampai dengan teratur.
"Kerajaan Perak memberi jaminan setiap keperluan rakyat yang terkesan akan dijaga dengan sebaiknya. Bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang ingin menyalurkan sumbangan, boleh terus menghubungi Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) di daerah masing-masing untuk penyelarasan bantuan," katanya.
Setakat 8 pagi tadi sebanyak 2,171 penduduk daripada 759 keluarga dipindahkan ke 22 PPS di daerah Larut Matang dan Selama serta Manjung apabila hujan lebat sejak pagi semalam menyebabkan beberapa kawasan di daerah berkenaan dinaiki air.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#kawasan berisiko
#Salbiah Mohamed
#PPS
#mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan