awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Pindah bersama lapan ekor kucing

Sinar Harian
Sinar Harian
21/12/2022
02:10 MYT
Banjir: Pindah bersama lapan ekor kucing
Anggota bomba membantu membawa Hanum dan kucing-kucingnya ke tempat selamat selepas rumahnya dinaiki air pada Selasa. - Foto JBPM
KUALA TERENGGANU: Anggota bomba membantu membawa Hanum dan kucing-kucingnya ke tempat selamat selepas rumahnya dinaiki air pada Selasa. -Foto Bomba
Seorang kakitangan awam turut membawa lapan ekor kucing kesayangan berpindah ke tempat selamat selepas rumahnya di Kampung Buluh Gading, di sini dinaiki air.
Dia yang mahu dikenali sebagai Hanum, 30, berkata, haiwan manja dinamakan Toppok, Quatro, Bonnie, Skylar, Uno, Junior, Dos dan Tres itu tidak sanggup ditinggalkan di rumah kerana banjir.
Menurut Hanum, dia membela kucing-kucing tersebut sejak enam tahun lalu dan jarang dibiarkan bersendirian sekiranya bermalam di tempat lain.
“Namun begitu, saya mengambil keputusan menghantar lapan kucing ini ke hotel kucing berhampiran.
“Ini kerana untuk keselesaan dan supaya tidak mengganggu penghuni pusat pemindahan sementara (PPS) lain,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Wanita itu bersama ahli keluarga dan lapan ekor kucing berpindah ke tempat selamat dengan bantuan bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kira-kira jam 10.45 pagi Selasa.
Kebanyakan mangsa dipindahkan ke PPS berhampiran selepas kawasan tersebut dinaiki air hingga mencecah 1.2 meter.
Jelas Hanum, ini pengalaman pertamanya berpindah bersama lima ahli keluarga lain termasuk seorang kakak yang merupakan orang kurang upaya (OKU) kategori masalah pembelajaran.
“Pada Februari lalu, air pernah naik juga tapi hanya setakat buku lali dan tidak memerlukan kami berpindah,” katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#PPS
#kucing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan