awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: PM Pakistan hubungi Anwar, nyatakan solidariti kepada Malaysia

Bernama
Bernama
30/11/2024
10:45 MYT
Banjir: PM Pakistan hubungi Anwar, nyatakan solidariti kepada  Malaysia
Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif, dalam panggilan telefon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyampaikan ucapan simpati dan solidariti beliau. - Gambar fail/BERNAMA
NEW DELHI: Pakistan melahirkan rasa dukacita terhadap kerosakan akibat banjir yang melanda sebahagian kawasan di Malaysia dan menawarkan bantuan untuk usaha pemulihan.
Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif, dalam panggilan telefon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyampaikan ucapan simpati dan solidariti beliau.
"Beliau menyatakan kekaguman terhadap tindak balas pantas Kerajaan Malaysia terhadap bencana alam ini. Kami akan segera menghantar bantuan kemanusiaan ke Malaysia sebagai tanda solidariti," kata Shehbaz dalam satu hantaran di X.
"Kami juga membincangkan secara ringkas langkah seterusnya dalam hubungan Pak (Pakistan) -Malaysia dan bersetuju untuk terus bekerjasama rapat bagi memperkukuh kerjasama yang saling memberi manfaat," katanya.
Spoke to my dear brother Dato Seri Anwar Ibrahim, Prime Minister of Malaysia @anwaribrahim to offer our deepest sympathies to the brotherly people of Malaysia on the loss of lives and property caused by recent floods due to torrential rains in several states of Malaysia.
— Shehbaz Sharif (@CMShehbaz) November 30, 2024
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Pakistan Ishaq Dar berkata negara itu bersedia memberikan sokongan dalam usaha pemulihan.
"Rakyat Pakistan amat berdukacita atas kehilangan nyawa dan kerosakan akibat banjir dahsyat di Malaysia. Kami menyampaikan ucapan takziah dan doa untuk mangsa serta keluarga mereka," kata Dar.
Banjir besar yang melanda 10 negeri di Malaysia telah memaksa lebih 120,000 orang dipindahkan dan menyebabkan kerosakan besar kepada harta benda.
Setakat ini, sekurang-kurangnya tiga kematian dilaporkan.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#perdana menteri pakistan
#Shehbaz Sharif
#hubungi Anwar Ibrahim
#Banjir 2024
#hulurkan bantuan
#monsun timur laut
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan