KUALA LUMPUR: Banjir di Kedah dan Sarawak semakin pulih apabila pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu, ditutup sepenuhnya pada 2 petang hari ini.
Di KEDAH, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu Left (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata keadaan cuaca cerah hari ini, telah membantu air untuk surut dengan cepat dan membolehkan kesemua 35 mangsa banjir daripada 11 keluarga di Mukim Relau di PPS Sekolah Kebangsaan Relau, kembali ke rumah masing-masing.
Di SARAWAK, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan kedua-dua PPS di Sekolah Kebangsaan St Peter serta Dewan Kampung Mundai yang terletak di Serian, telah ditutup sepenuhnya pada 2 petang tadi.
Di SABAH sekretariat JPBN memaklumkan hanya satu PPS yang masih dibuka setakat 2 petang ini iaitu di daerah Beaufort, yang menempatkan 224 orang daripada 63 keluarga.
Di PULAU PINANG mangsa banjir yang ditempatkan di dua PPS di dua daerah di negeri yang terbaharu dilanda banjir kekal 59 orang sama seperti pagi ini.
Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Phee Boon Poh berkata cuaca hari ini hingga 1 tengah hari, cerah namun mangsa belum dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing kerana rumah mereka belum siap dibersihkan.
"PPS di Dewan Komuniti Kubang Menerong di daerah Seberang Perai Utara (SPU), masih menempatkan seramai 38 orang daripada sembilan keluarga, manakala di Seberang Perai Selatan (SPS) pula PPS di Sekolah Kebangsaan Bakap Indah melibatkan 21 orang mangsa banjir daripada lapan keluarga.
"Ketika ini kebanyakan mangsa banjir sedang mencuci rumah mereka dan pihak kami juga sedang memantau cuaca dari semasa ke semasa. Jika petang ini tidak hujan mereka akan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Di JOHOR, jumlah mangsa di PPS menurun sedikit kepada 819 orang setakat 4 petang ini berbanding 821 orang yang direkodkan pada 8 pagi tadi.
JPBN Johor memaklumkan jumlah mangsa di daerah Batu Pahat yang mengalami banjir termenung seramai 793 orang daripada 224 keluarga, masih ditempatkan di lima PPS.
Sementara itu di Segamat, seramai 26 orang daripada sembilan keluarga masih ditempatkan di satu PPS, menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan, petang ini.
JPBN juga memaklumkan keadaan cuaca di sembilan daerah dijangka hujan petang ini kecuali Muar yang dijangka cerah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023

Banjir di Kedah dan Sarawak semakin pulih apabila pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu, ditutup sepenuhnya pada 2 petang hari ini. - Gambar fail/BERNAMA

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan mahu lebih banyak pihak beri input
Hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.

PKNS santuni gelandangan ibu kota, ringankan beban menjelang Ramadan
PKNS berkerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan, dalam menghulurkan sumbangan.

Banjir: 13 PPS ditutup, mangsa di Batu Pahat terus berkurang
Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 3,086 orang setakat 8 malam ini.

Penjawat awam sertai aktiviti pasca banjir dianggap jalankan tugas rasmi, layak terima elaun
Pegawai perkhidmatan awam yang terlibat dengan aktiviti kesukarelawanan tugas-tugas pasca banjir dianggap menjalankan tugas rasmi dan layak menerima elaun dan kemudahan yang berkelayakan.

267 infrastruktur komunikasi terjejas banjir di Johor pulih
Kesemua 267 infrastruktur komunikasi di Johor yang terjejas akibat banjir kembali beroperasi hari ini termasuk sebuah Pusat Ekonomi Digital (PEDi).

Kelantan sudah agih RM21.43 juta kepada mangsa banjir
Kelantan telah mengagihkan sebanyak RM21.43 juta setakat ini, kepada ketua-ketua jajahan untuk diberikan kepada mangsa yang terlibat banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) baru-baru ini.

Projek tebatan banjir disegerakan untuk kurangkan impak bencana - Anwar
Seramai 1,520 penjawat awam yang mewakili pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan menyertai misi pascabanjir selama dua hari itu.

Banjir Johor: 8,952 mangsa ditempatkan di 46 PPS
Banjir di Johor semakin pulih apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 8,952 di 46 PPS.

Johor mohon RM168 juta baiki kerosakan jalan, infrastruktur akibat banjir
Untuk kerosakan biasa, kerajaan negeri telahpun memulakan proses pembaikan, namun tidak mencukupi, justeru, memerlukan peruntukan tambahan.

Mangsa banjir di Batu Pahat berkurang kepada 8,650 orang
JPBN memaklumkan PPS yang ditutup adalah Dewan Orang Ramai Taman Seri Sulong, Sekolah Kebangsaan Seri Bengkal dan Sekolah Agama Sri Bengkal.

Monsun Timur Laut berakhir 23 Mac, fasa Peralihan Monsun pula bermula - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan fasa peralihan monsun bermula 23 Mac depan sehingga pertengahan Mei.

Kelantan kenal pasti 15 pusat pemindahan kekal untuk mangsa banjir
Daripada jumlah itu, 12 lokasi merupakan tanah kerajaan negeri manakala tiga lokasi lagi perlu dibuat pengambilan balik tanah.