Skip to main content

Malaysia

Banjir: Pusat pemindahan Melaka ditutup, banjir semakin pulih

71386138731_295x200.jpg
Keadaan banjir di Melaka pulih sepenuhnya setelah kesemua 25 mangsa yang berada pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu, Sungai Rambai, Jasin sejak Rabu lepas dibenarkan pulang, hari ini.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka Mejar Jafri Mohamed berkata pusat permindahan yang menempatkan semua mangsa daripada lima keluarga, dari Kampung Parit Penghulu itu ditutup pukul 1 tengah hari tadi.

"Semua mangsa telah dibenarkan pulang hari ini dan pusat pemindahan juga telah ditutup," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata paras air Sungai Kesang berdekatan rumah mangsa yang melimpah kini berada pada paras 2.89 meter iaitu di bawah paras waspada.

Advertisement

Must Watch Video