NATIONAL
Banjir Raub pulih sepenuhnya

Banjir di daerah Raub telah pulih sepenuhnya, dan empat mangsa daripada satu keluarga telah dibenarkan pulang ke rumah mereka. -Gambar fail/APM
KUANTAN: Situasi banjir di Pahang menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa semakin berkurangan susulan banjir di daerah Raub pulih sepenuhnya selepas penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) pagi tadi.
Ringkasan AI
- Banjir di daerah Raub telah pulih sepenuhnya, dan empat mangsa daripada satu keluarga telah dibenarkan pulang ke rumah mereka.
- Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
- Empat sungai di Pahang berada dalam keadaan waspada, termasuk Sungai Pahang di Kuala Krau dan Sungai Kuantan di Kuantan Bypass.
Semakan di portal Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula mendapati empat sungai di negeri ini berada dalam keadaan waspada, iaitu Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh; Sungai Kuantan di Kuantan Bypass, Kuantan; Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub; serta Sungai Jelai di Jeti Lipis, Lipis.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami