awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sabah: Lapan fasiliti kesihatan pulih sepenuhnya - Dr Dzulkefly

Faida Rahim
Faida Rahim
20/09/2025
07:34 MYT
Banjir Sabah: Lapan fasiliti kesihatan pulih sepenuhnya - Dr Dzulkefly
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, hanya satu fasiliti masih dalam proses pembersihan iaitu Klinik Desa Gadong Papar. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak sembilan fasiliti kesihatan di Sabah terjejas akibat banjir baru-baru ini, namun lapan daripadanya telah kembali beroperasi sepenuhnya pada 19 September.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, hanya satu fasiliti masih dalam proses pembersihan iaitu Klinik Desa Gadong Papar.
"Lapan fasiliti telah beroperasi daripada sembilan. Saya boleh sebutkan (antaranya) Klinik Kesihatan ataupun fasiliti Klinik Desa (KD) termasuk KD Gadung di Beaufort sudah pulih dan mula beroperasi sepenuhnya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera di sini pada Sabtu.
Tambah Dr Dzulkefly, antara fasiliti yang turut kembali beroperasi ialah KD Gadong, KD Padas Lamit, KD Bangkalalak dan KD Lingkungan di Beaufort, selain KK Membakut, KD Sinoko, KD Pantai serta KK Mendulong di Sipitang.
Di Penampang, sebanyak 14 lokaliti terlibat sejak 11 September dengan satu kejadian di Kampung Sarapung mengorbankan seorang mangsa. Namun, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan di lokaliti lain.
Kerajaan Persekutuan melalui KKM dan agensi berkaitan memberi jaminan akan terus menyalurkan bantuan serta memastikan perkhidmatan kesihatan di kawasan terjejas dapat dipulihkan segera.
Bencana tanah runtuh turut dilaporkan di tiga daerah iaitu Penampang, Kota Kinabalu dan Papar, sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Dzulkefly Ahmad
#Sabah
#banjir
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan