awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sabah pulih, semua PPS ditutup

Bernama
Bernama
07/01/2022
15:10 MYT
Banjir Sabah pulih, semua PPS ditutup
Banjir di Sabah pulih sepenuhnya apabila tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan dua di Telupid dan satu di Daerah Kecil Paitan ditutup sepenuhnya pada 6.20 petang hari ini. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Banjir di Sabah pulih sepenuhnya apabila tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan dua di Telupid dan satu di Daerah Kecil Paitan ditutup sepenuhnya pada 6.20 petang hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan kesemua 55 orang mangsa daripada 15 keluarga telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas berada di tiga PPS itu sejak seminggu lepas.
Hujan berterusan sejak malam Khamis lepas di beberapa daerah di kawasan Pantai Timur dan Utara Sabah menyebabkan penduduk kampung yang terjejas akibat banjir terpaksa dipindahkan ke PPS apabila air sungai melimpah dan menenggelamkan kediaman masing-masing.
Daerah yang terjejas banjir termasuk Kota Marudu, Pitas, Telupid, Daerah Kecil Paitan dan Sandakan melibatkan lebih 3,000 mangsa di 27 PPS.
Sementara itu, laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan berlaku ribut petir di satu dua tempat di Sabah pada malam ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#banjir sabah
#Pusat Pemindahan Sementara
#PPS
#Telupid
#Paitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan