awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sarawak: APM hantar bekalan makanan ke pedalaman

Lynch Cowan
Lynch Cowan
15/01/2021
06:58 MYT
Banjir Sarawak: APM hantar bekalan makanan ke pedalaman
Mohtar berkata, ia adalah langkah awal diambil sekiranya berlaku banjir di kawasan pedalaman. Foto Astro AWANI.
BAU:Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak, Mohtar Samat memberitahu makanan keperluan asas telahpun dihantar ke kawasan pedalaman negeri itu.
Jelasnya, ia adalah langkah awal diambil sekiranya berlaku banjir di pedalaman terutama kawasan yang hanya boleh diakses menggunakan laluan bot ekspres.
“Kita telah bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Negeri Sarawak (JKNS) dan beberapa agensi keselamatan, pejabat daerah dan perkhidmatan bot express untuk menghantar bekalan makanan ke kawasan-kawan pedalaman negeri ini.
“Kita juga mengharapkan bekalan yang kita hantar ini nanti akan dapat digunakan sementara oleh mangsa banjir sekiranya berlaku situasi banjir di kawasan pedalaman,” katanya ketika melakukan tinjauan banjir ke Kampung Siniawan Seberang, Bau hari ini.
Ujarnya lagi, peranan ketua masyarakat, ketua kampung dan penghulu di setiap rumah panjang di pedalaman amat penting sekali untuk bertindak cepat dalam situasi banjir yang melanda.
“Peranan mereka amat penting apabila berlakunya situasi seperti ini kerana mereka harus bertindak pantas dengan memindahkan penduduk kampung ke kawasan yang lebih selamat sementara menunggu evakuasi daripada pihak penyelamat,” katanya.
Sementara itu, mengulas situasi banjir di daerah Bau pada Jumaat Mohtar berkata, situasi di daerah berkenaan dalam keadaan terkawal.
“Hari ini setakat jam 12 tengah hari, hanya sepuluh (10) Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka disni berbanding semalam iaitu tujuh belas (17) dibuka,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#bekalan makanan asas
#pedalaman sarawak
#Sarawak
#bantuan makanan
#angkatan pertahanan awam
#Mohtar Samat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan