KUALA LUMPUR:Situasi banjir di Sarawak malam ini tidak banyak berubah berbanding petang tadi.
Setakat jam lapan malam, jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) sedikit menurun kepada 4,181 mangsa berbanding 4,413 pada jam empat petang.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM ) Sarawak dalam kemas kini terbaharunya memaklumkan bahagian Kuching masih mencatat jumlah mangsa teramai di PPS iaitu 2,800 mangsa dari 726 keluarga.
Angka itu lebih rendah jika dibandingkan dengan 3,043 mangsa dari 760 mangsa pada sebelah petang.
Bagaimanapun satu lagi PPS dibuka di bahagian itu iaitu PPS Dewan Kampung Stapok yang menempatkan 75 mangsa.
Di Bahagian Serian jumlah PPS kekal sepuluh, namun jumlah mangsa meingkat kepada 10,60 melibatkan 307 keluarga.
Bahagian Samarahan pula tidak berubah dengan 314 mangsa dari 105 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.
Sementara itu di Miri banjir yang beransur reda menyaksikan satu PPS ditutup. Satu-satunya PPS yang kekal adalah PPS Balai Raya Kampung Batu 1 dengan tujuh mangsa dari sebuah keluarga.
Astro Awani
Fri Jan 15 2021

APM Sarawak memaklumkan bahagian Kuching masih mencatat jumlah mangsa teramai di PPS iaitu 2,800 mangsa dari 726 keluarga. - Foto APM Sarawak

AWANI Ringkas: Vaksin: Tindakan undang-undang jika sebar berita palsu | Penerima Pfizer tunjuk antibodi kuat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

Politik | Menjelang persidangan Parlimen semasa darurat
Kita bersama Prof Dr Sivamurugan Pandian, Penganalisis Politik bagi perinciannya.

Keputusan Mahkamah | Apa makna disebalik keputusan Mahkamah Persekutuan?
Untuk memahami perkara ini dengan lebih baik, kita bersama dengan seorang peguam, Yusfarizal Yusoff.

Keputusan | Mahkamah Persekutuan mengenepikan undang-undang Syariah Selangor
Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara membenarkan cabaran undang-undang seorang lelaki terhadap Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Keputusan itu sekali gus mengenepikan undang-undang Syariah negeri Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah.

Vaksin COVID-19 | Wakil rakyat, NGO perlu bantu Kkm hebahkan maklumat
Wakil rakyat di setiap kawasan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) harus dijadikan rakan strategik Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha negara mencapai imuniti kelompok melalui suntikan vaksin COVID-19. Ini kerana, mereka dilihat lebih dekat dengan masyarakat tempatan dan memahami selok belok dan rencam di sesebuah kawasan terutama di kawasan pedalaman.

Vaksin petugas hadapan Langkawi selamat dibawa dengan RORO
Konvoi membawa vaksin, diketuai Supt Syed Basri Syed Ali bersama enam pegawai dan sembilan anggota bagi memastikan kelancaran penghantaran, tiba tepat pada waktunya.

Aplikasi percubaan Singapura tawar pemeriksaan kesihatan mini
Aplikasi itu dapat memberitahu mengenai kadar denyutan jantung, kadar oksigen dan juga tahap tekanannya.

"Artis Malaysia sepatutnya boleh jadi jutawan, tapi..." - Ziana Zain
Cetak rompak antara sebab kenapa hak dan kebajikan artis terabai, tidak semua selebriti Malaysia hidup senang.

COVID-19: Kru kapal dari Malaysia antara enam kes import baharu di Singapura
Pemegang pas lawatan jangka pendek itu tidak menunjukkan gejala, menurut kementerian itu dalam data penuh yang dikeluarkan lewat malam tadi.
![[TERKINI] Apa maksud keputusan Mahkamah Persekutuan? [TERKINI] Apa maksud keputusan Mahkamah Persekutuan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892435/574696961614224735727_640x360.jpg)
[TERKINI] Apa maksud keputusan Mahkamah Persekutuan?
Ikuti perkembangan terkini mengenai analisis keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan kuasa membuat undang-undang oleh kerajaan negeri. #AWANIterkini #HapusCOVID19

Abang Johari, bakal jadi individu pertama terima vaksin di Sarawak
Pemilihan Abang Johari sebagai individu pertama menerima vaksin Pfizer-BioNtech diharap dapat memberi keyakinan kepada rakyat negeri itu.

Penghantaran vaksin COVID-19 fasa pertama ke bahagian Kuching dan Sibu bermula esok
Kerajaan Sarawak akan meneruskan proses penghantaran vaksin Pfizer BioNTech yang diterima hari ini bermula esok.

Penemuan baharu sumber gas di pesisir pantai, Sarawak bincang dengan Petronas
Dua telaga terbabit dikenali telaga penilaian penerokaan Lang Lebah-2 di Blok SK410B (PSC) dan di telaga Dokong-1 di Blok SK417.

Kumpulan pertama vaksin COVID-19 selamat tiba di Sarawak
Pesawat TH543 milik Raya Airways itu membawa 23,400 dos vaksin COVID-19 mendarat pada 6.20 petang.

COVID-19: 353 kes baharu, jumlah harian tertinggi pernah dicatatkan di Sarawak
Sibu kekal penyumbang tertinggi angka COVID-19 di Sarawak yang kebanyakannya dikesan melalui pengesanan secara aktif kontak kes positif.

Mayat wanita di dalam kereta terhumban ke Sungai Sarawak berjaya dikeluarkan
Mayat seorang wanita yang berada di dalam kereta terhumban ke Sungai Sarawak berdekatan Jambatan Gantung Satok di sini berjaya dibawa keluar tengah hari ini.

Kumpulan pertama vaksin tiba di Sarawak pukul 6 petang ini
Bekalan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNtech dijangka tiba di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sekitar pukul 6 petang hari ini.

Kereta terhumban ke dalam Sungai Sarawak
Sebuah kereta terhumban ke dalam Sungai Sarawak berdekatan projek Jambatan Satok pagi ini.

Fasa pertama bayaran Bantuan Prihatin Rakyat bermula esok - Tengku Zafrul
Ia membabitkan bayaran kepada 4.4 juta penerima kategori isi rumah iaitu sebanyak RM300 setiap penerima dan 4.05 juta yang akan menerima RM150 setiap seorang untuk kateogori individu bujang.

PKPD: Kontak rapat Kluster Emperoh Jambu disaran buat saringan COVID-19
Kontak rapat kepada kes positif melibatkan Kluster Emperoh Jambu disaran untuk membuat ujian saringan COVID-19 dengan kadar segera walaupun tidak bergejala.