KUCHING: Sarawak akan mengadaptasi sistem saliran terbaik dunia termasuk dari negara Belanda bagi menangani banjir di negeri itu.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata buat masa ini kerajaan negeri sedang melaksanakan satu kajian menyeluruh dalam usaha memperbaiki sistem saliran sedia ada.
Beliau berkata Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian yang baru pulang dari Belanda baru-baru ini akan mengetuai misi melaksanakan kajian itu.
"Belanda merupakan sebuah negara yang berada di bawah paras laut dan mereka mempunyai sistem baik yang mungkin boleh kita gunakan di Sarawak.
"Kita akan laksanakan sistem baharu ini secara berperingkat, mungkin kita mula di Kuching dahulu kemudian ke Sibu dan ini juga akan bergantung pada dana kita," katanya.
Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Batu Kawan di sini, yang menempatkan seramai 80 orang mangsa banjir daripada 19 keluarga.
Mengulas lanjut, Abang Johari berkata projek sistem saliran baharu tersebut juga bakal melibatkan satu peruntukan besar dan kerajaan bersedia memberi komitmen itu bagi menyelesaikan masalah banjir.
Setakat pagi ini, seramai 338 orang daripada 87 keluarga di kawasan Kuching, Siburan, Engkelili dan Debak telah dipindahkan ke empat PPS di Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2023

Abang Johari berkata buat masa ini kerajaan negeri sedang melaksanakan satu kajian menyeluruh dalam usaha memperbaiki sistem saliran sedia ada. - Gambar fail

Tragedi Everest: Keluarga Muhammad Hawari reda SAR ditamatkan
Ahli keluarga pendaki Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim terima dengan hati penuh hiba keputusan misi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan.

Penuntut USAS lemas ketika berkelah bersama rakan di Air Terjun Batu Hampar
Perkelahan penuntut Universiti Sultan Azlan Shah di Air Terjun Batu Hampar Padang Rengas bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas.

Dewan Rakyat: Tuan Ibrahim dakwa Empangan Chereh pecah pada Nov 2021
Tuan Ibrahim mendakwa, kejadian itu menyebabkan simpanan bekalan air minuman di bandar Kuantan melibatkan beberapa loji terjejas.

Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak
Suami isteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, dua bulan lalu.

Polis kesan lelaki bantu siasatan kes bunuh di Klang
Lelaki itu ialah B Perkas Rao @ Rider, 41, yang memiliki empat rekod jenayah lampau dan dua rekod berkaitan dadah.

Tanah rizab Melayu: Tak ada apa yang hendak kita sembunyikan - Saarani
Kerajaan Perak bersedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) susulan laporan yang dibuat Ketua Pembangkang membabitkan tanah rizab Melayu di negeri itu.

Sukan tempur kini diklasifikasi sebagai aktiviti sukan di sekolah - Hannah
Klasifikasi itu bagi memastikan atlet sukan tempur di sekolah mendapat pengiktirafan yang setara dengan sukan lain selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).

Jual pasir ke Pulau Pinang: Kenapa tidak? - MB Perak
Perak bersedia untuk menjual pasir dan batu di negeri itu sekiranya ada permintaan dibuat Kerajaan Pulau Pinang bagi membangunkan projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI).

Penyanyi legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto meninggal dunia
Berita pemergian Gilberto dikongsi oleh ahli keluarganya di media sosial.

Tanah rizab Melayu: Ketua Pembangkang Perak lapor SPRM
Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pengurusan tanah rizab Melayu di negeri ini.

TPM Zahid 'ngabang' Gawai di Kuching, Kapit
Pagi ini, Ahmad Zahid dijadual mengadakan pertemuan dengan Abang Johari di kediamannya di Petra Jaya sebelum berangkat ke Sibu.

Tenaga hidro kekal fokus utama sumber tenaga Sarawak - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini menyarankan agar Sarawak Energy Bhd meneroka pembinaan empangan kuasa hidro di Sungai Trusan di Lawas.

Sarawak teroka potensi tenaga hibrid solar dan angin
Sarawak teroka potensi tenaga hibrid solar dan angin

Indonesia mahu kerjasama dengan Sarawak dalam perdagangan karbon
Indonesia mahu bekerjasama dengan kerajaan Sarawak dalam perdagangan karbon, kata Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono.

Sarawak bakal komersialkan Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) daripada alga
Jelas Abang Johari Sarawak mempunyai masa depan yang cerah dari segi pengeluaran SAF kerana mempunyai syarat yang sesuai untuk mengeluarkan minyak mentah.

GPS mahu Kerajaan Perpaduan yang stabil, tingkat martabat negara
Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahukan sebuah Kerajaan Perpaduan yang stabil dan kuat supaya ia dapat menumpukan tenaga untuk meningkatkan martabat negara di peringkat antarabangsa.

Penubuhan bank komersial Sarawak dijangka direalisasikan akhir tahun ini
Penubuhan bank komersial tersebut akan menjadi pemangkin untuk membantu usahawan kecil dan sederhana mendapatkan pinjaman bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Sarawak akan guna penyelidik profesional kaji tahap kemisikinan - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan menggunakan khidmat pengkaji profesional untuk menjalankan penyelidikan yang lebih objektif dan tepat berhubung tahap kemiskinan yang berlaku di negeri itu.

Pendapatan Sarawak dijangka meningkat pada 2023, kata Abang Johari
Sarawak dijangka terus merekodkan peningkatan pendapatan pada tahun ini berikutan kejayaan mencatatkan pertambahan pendapatan dalam tempoh empat tahun termasuk RM12 bilion pada 2022.

Abang Jo bakal umum penemuan baharu berkaitan tenaga hijau, perubatan
Kerajaan Sarawak berjaya mencatat penemuan baharu berkaitan tumbuh-tumbuhan yang dijangka memanfaatkan sektor tenaga hijau dan perubatan di negeri itu untuk jangka masa panjang.