awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jiwa saya 'kacau' setiap kali lagu Negaraku berkumandang - Dharma Raj
Bersatu berdepan cabaran sokongan PN dan legitimasi MB Perlis - Penganalisis
Pekerja kedai rugi lebih RM20,000 akibat kerja tidak wujud
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini

Bernama
Bernama
17/01/2025
13:53 MYT
Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini
Di Sarawak, semua 44 mangsa daripada 22 keluarga yang berlindung di PPS telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pada jam 2 petang tadi selepas banjir surut. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Sarawak pulih sepenuhnya, manakala di Pahang jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat sedikit, selain di Sabah kekal setakat 8 malam ini.
Di SARAWAK, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), semua 44 mangsa daripada 22 keluarga yang berlindung di PPS Dewan Kompleks Sukan Kanowit telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pada jam 2 petang tadi selepas banjir surut dan keadaan selamat.
Di PAHANG, menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa yang terjejas banjir di Raub merekodkan peningkatan sedikit kepada 32 mangsa daripada 13 keluarga malam ini berbanding 31 mangsa daripada 12 keluarga pada pagi tadi.
Semua mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai, Raub.
Portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran pula merekodkan tujuh sungai melebihi tahap waspada iaitu Sungai Belat di Jambatan Gambang, Sungai Belat di Sri Damai dan Sungai Rimau di Kuantan; Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub; Sungai Keratong di Rompin; Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran, dan Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh.
Sementara itu, di SABAH, jumlah mangsa banjir dari Kampung Tamisan dan Kampung Radu Tigaman yang ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bengkongan, Kota Marudu, kekal dengan 17 mangsa daripada enam keluarga malam ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa banjir
#banjir pahang
#banjir Sarawak
#banjir sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan