KUCHING:Keadaan banjir di Sarawak kian pulih petang ini dengan hanya dua bahagian iaitu Serian dan Kuching yang masih membuka pusat pemindahan sementara (PPS).

Setakat jam empat petang ini, hanya tinggal 679 mangsa daripada 189 keluarga di enam PPS.

Menurut kemas kini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Kuching kekal dengan 113 mangsa daripada 24 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Haji Kamaruddin Segedup.

Di Serian hanya tinggal enam PPS yang dibuka berbanding sepuluh pada tengah hari tadi.

Jumlah mangsa pula menurun kepada 566 membabitkan 165 keluarga.

Sementara itu di Miri, tujuh sekeluarga yang sebelum ini ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Batu 1 telah dibenarkan pulang.