awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 'Saya mohon jutaan kemaafan dari seluruh mangsa, rakyat Terengganu' - MB

Astro Awani
Astro Awani
23/12/2022
10:00 MYT
Banjir: 'Saya mohon jutaan kemaafan dari seluruh mangsa, rakyat Terengganu' - MB
Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan keputusannya untuk ke luar negara itu dibuat kerana paras air di Terengganu menunjukkan tanda-tanda penurunan. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang 'hilang' dipercayai ke luar negara ketika rakyat negeri itu dilanda banjir besar, hari ini tampil memohon maaf secara terbuka.
Beliau pada masa yang sama menyatakan kekesalan tidak dapat bersama rakyat yang sedang menderita terutama sepanjang tempoh ktitikal banjir besar iaitu pada Isnin hingga Rabu lalu.
"Saya ingin mengambil kesempatan hari ini memohon jutaan kemaafan dari seluruh mangsa dan rakyat Terengganu ke atas apa yang telah berlaku.
"Saya faham saya tidak boleh memberikan apa jua alasan dan sudah tentu tidak dapat membetulkan keadaan ketiadaan saya di sini rakyat Terengganu pada waktu sebegini.
"Saya faham walau apa jua penjelasan yang saya berikan, ia tidak bermakna," kataya menerusi siaran langsung di platform Facebook beliau di sini, pada Jumaat. '
Ahmad Samsuri turut menjelaskan keputusannya untuk ke luar negara itu dibuat kerana paras air Terengganu menunjukkan tanda-tanda penurunan.
Menurutnya, beliau ada turun bertemu mangsa pada fasa pertama, malah sepanjang keberadaannya di luar negara, beliau sentiasa memantau rapat suasana banjir di negeri itu.
"Sebarang kekurangan dan kelemahan di pihak kerajaan negeri, saya mengambil memohon maaf daripada mangsa. Kita akan cuba baiki pada masa akan datang," ujarnya.
Difahamkan beliau bercuti bersama keluarganya di Auckland, New Zealand sebelum mendapat kecaman dari orang ramai di platform media sosial, khususnya.
Kehilangan Naib Presiden Pas itu ketika banjir besar melanda Terengganu ketika ini menimbulkan kemarahan dan kekecewaan dalam kalangan penduduk negeri itu.
Pantau Kerajaan Baharu di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#banjir terengganu
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#permohonan maaf secara terbuka
#mangsa banjir Terengganu
#PM10
#Tumpuan PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan