awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Selangor: Jalan BBST ke Kota Warisan ditutup

Sinar Harian
Sinar Harian
06/11/2023
05:15 MYT
Banjir Selangor: Jalan BBST ke Kota Warisan ditutup
Jalan Bandar Baru Salak Tinggi ke Kota Warisan di Sepang ditutup sementara berikutan kenaikan paras air akibat banjir. - Foto/ FB Trafik IPD Sepang
SHAH ALAM: Jalan Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) ke Kota Warisan di Sepang ditutup sementara mulai Ahad berikutan kenaikan paras air akibat hujan berterusan pada Sabtu.
Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang memaklumkan, penutupan laluan itu bagi menjaga aspek keselamatan pengguna jalan raya selain mengelak masalah kepada kenderaan.
“Penutupan jalan bermula hari ini sehingga dimaklumkan. Diharap semua pengguna jalan raya dapat beri kerjasama dan dinasihatkan untuk menggunakan laluan lain sebagai alternatif dalam tempoh berkenaan,” menurut kenyataan Trafik IPD Sepang di Facebooknya.
Pada Sabtu, hujan berterusan mengakibatkan Sepang dilanda banjir dan empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa terjejas.
PPS itu Dewan Kampung Dato’ Ahmad Razaki, Dewan Komuniti Taman Gemilang, Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Jenderam Hilir dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir selangor
#Dengkil
#Kota Warisan
#Sepang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan